Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali bernyawa dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020 selepas menewaskan wakil K-League, Suwon Samsung Bluewings dengan keputusan 2-1 pada semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, jaringan Gonzalo Cabrera dan Mauricio de Nascimento berjaya memberikan JDT kemenangan pertama dalam saingan ACL musim ini.

Pada perlawanan semalam, salah seorang pemain JDT iaitu Fadhli Shas mencuri tumpuan apabila beliau menampilkan prestasi memberangsangkan di bahagian pertahanan skuad Harimau Selatan itu.

Fadhli, yang sebelum ini banyak beraksi bersama skuad pembangunan, Johor Darul Ta’zim II diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama dimana beliau digandingkan dengan Mauricio.

Fadhli dan Mauricio mencipta satu gandingan yang baik dimana kedua-dua pemain berjaya menghentikan asakan yang dilancarkan oleh barisan serangan Suwon.

Fadhli Shas

Sumber Gambar: JST

Meskipun pintu gol JDT dibolosi dengan satu gol menerusi jaringan Terry Antonis pada separuh masa kedua, namun Fadhli dan Mauricio kekal tenang dalam mengawal benteng JDT bagi memastikan pintu gol mereka tidak dibolosi.

Jika Fadhli Shas meneruskan prestasi sepertimana perlawanan semalam, tidak mustahil beliau terus menjadi pilihan ketua jurulatih, Benjamin Mora untuk bergandingan dengan Mauricio dalam kesebelasan utama pasukan.

Selain itu, beliau juga berpeluang untuk kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan seperti sebelum ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

ACL 2020: JDT Raih Tiga Mata Selepas Mengejutkan Suwon Bluewings

ACL 2020: Ramalan Kesebelasan Utama JDT Dan Suwon Bluewings

ACL 2020: Safawi Mahu Raih Kemenangan Pertama Di Stadium Sultan Ibrahim

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group