Ketua pasukan Vissel Kobe, Andres Iniesta nyata gembira apabila pasukannya memulakan saingan AFC Champions League (ACL) 2020 dengan dengan langkah kanan selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim semalam.

Meskipun sudah menginjak usia 35 tahun, namun Iniesta tidak berdepan sebarang masalah untuk menampilkan persembahan cemerlang dimana pergerakan beliau sukar dikawal oleh pemain JDT selain menyumbang tiga assist dimana ketiganya disempurnakan oleh Keijiro Ogawa.

Bekas pemain Barcelona itu berpendapat Kobe menampilkan aksi yang baik dan satu perkara yang positif untuk memulakan saingan dengan kemenangan.

“Saya rasa kami memulakan saingan satu pasukan yang kukuh. Secara keseluruhan, kami beraksi dengan baik dan saya berjaya mencipta beberapa peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol.

“Vissel Kobe beraksi buat pertama kali dalam saingan ACL, jadi masih terlalu awal untuk berfikir tentang memenangi pertandingan ini. Penting untuk pasukan meningkatkan tahap permainan pada setiap perlawanan. Tugas getir menanti pada perlawanan seterusnya kerana kita akan beraksi di tempat lawan.

ACL

Andres Iniesta

“Jika kita berjaya meraih kemenangan di Korea, maka ada peluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Tetapi sekarang apa yang penting ialah kami terus bermain dengan baik, bekerja keras dan menampilkan aksi cemerlang pada setiap perlawanan,” kata Iniesta.

Dua lagi jaringan Vissel Kobe ke gawang JDT dijaringkan oleh Kyogo Furuhashi dan Douglas manakala Safawi Rasid menjaringkan gol tunggal bagi wakil tunggal Malaysia itu.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Vissel Kobe menentang Johor Darul Ta’zim di sini:

TMJ Akui Vissel Kobe Berada Di Kelas Yang Tersendiri

ACL 2020: Hantaran Maut Andres Iniesta Bantu Vissel Kobe Berpesta Gol Belasah JDT

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group