Peguam kepada Achraf Hakimi mendedahkan pemain itu sangat tenang ketika ini dan sedia beri kerjasama kepada pihak polis berhubung dengan siasatan kes rogol yang dikaitkan dengan namanya.

Pemain kebangsaan Maghribi yang turut menjadi salah seorang pemain dalam kesebelasan terbaik dunia FIFPro baru baru ini, Achraf Hakimi berdepan siasatan kes rogol.

Pendakwa raya Perancis mengarahkan polis melakukan siasatan segera ke atas Hakimi berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 23 tahun.

Wanita itu menyatakan bahawa dia telah dirogol oleh pemain itu. Walaubagaimanapun wanita itu tidak mahu kes itu dihebahkan kepada umum dan tidak mahu membuat pendakwaan ke atas Achraf Hakimi.

Tetapi pendakwaraya Perancis berpendapat bahawa kes itu harus disiasat dan Hakimi harus dibawa ke muka pengadilan.

Peguam kepada Achraf Hakimi iaitu Fany Colin sudah membuat kenyataan media rasmi. Dan mendedahkan bahawa Achraf Hakimi sedia beri kerjasama untuk siasatan kes itu.

Hakimi menafikan sekeras kerasnya bahawa dia merogol gadis tersebut.

Colin berkata: “Achraf Hakimi menafikan tuduhan ke atasnya. Semua dakwaan itu adalah palsu.”

“Hakimi sedia memberikan kerjasama dan sentiasa terbuka untuk membantu pihak berkuasa dalam siasatan tersebut.”

Achraf Hakimi kini beraksi untuk PSG dan sedang menikmati karier yang cemerlang. Pastinya dia tidak mahu berita seeprti ini akan memberikan impak kepada reputasinya.