Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 sekali lagi terpaksa ditangguhkan ke tahun 2022 susulan peningkatan kes COVID-19 di negara.

Bagaimanapun, Johor tetap diberikan hak penganjuran untuk edisi 2022 kerana negeri itu hampir 99 peratus bersedia dari segi perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

“Antara sebab-sebab lain dalam membuat keputusan ini ialah kesukaran menyediakan jaminan keselamatan kesihatan kepada hampir 30,000 orang yang terlibat seperti atlet, jurulatih, pegawai, sukarelawan dan pengurusan tanpa mengambil kira penonton dan peminat sukan.

“Dua kali penangguhan sebelum ini telah menyebabkan peningkatan kos pengurusan dan ketidaktentuan tarikh Sukma dan Para Sukma ini memberi tekanan dan kekangan kepada pelaksanaan program latihan atlet negeri-negeri peserta,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun 2022 juga dipilih kerana kalendar sukan tempatan dan antarabangsa pada tahun 2021 terlalu rapat dengan beberapa tarikh penting seperti Kejohanan Bola Sepak Euro 2020 (11 Jun-11 Julai), Sukan Olimpik Tokyo (23 Julai-8 Ogos), Paralimpik Tokyo (24 Ogos-5 September) serta juga Sukan SEA Vietnam pada hujung tahun.

Bola sepak merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam SUKMA yang sepatutnya berlangsung pada Julai lepas kemudian ditangguhkan bulan Mac 2021. Disebabkan wabak tidak menentu,  SUKMA dijadualkan semula ke tahun 2022.

Setiap pemain perlu berusia bawah 21 tahun untuk beraksi mewakili negeri masing masing dan mereka dijangka melebihi had umur yang ditetapkan jika penganjuran SUKMA berlangsung pada 2022.

Namun begitu, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA akan meneliti semula perubahan peraturan yang terlibat dari segi had umur, kelayakan penyertaan dan sebagainya dalam mesyuarat yang akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

TERKINI: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Umumkan TM Piala Malaysia Ditangguhkan Ke Tarikh Lain

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?

Dickson Nwakaeme Mahu Kekal Di Liga Malaysia, Cari Pasukan Punyai Fasiliti Lengkap