AC Milan kini bimbang mereka bakal kehilangan Rafael Leao gara gara karenah melibatkan ejen pemain tersebut.

Ejen kepada Leao dikatakan memiliki 2 ejen pemilik bersama pemain itu.

AC Milan ada sejarah yang tidak begitu indah dengan ejen bola sepak. Mereka pernah kehilangan pemain graduan akademi mereka, Gianluigi Donnarumma, kerana mendiang Mino Raiola.

Kini, AC Milan kembali berdepan dengan masalah ejen pemain sayap utama mereka, Rafael Leao.

Italian Football melaporkan bahawa Rafael Leao sendiri mempunyai dua ejen iaitu Jorge Mendes dan Ted Dimvula.

Ted Dimvula asasnya bertindak sebagai peguam kepada Rafael Leao yang menjadi penasihat utama pemain itu berkaitan kontrak.

Pada masa ini, Rafael Leao sedang berunding untuk memperbaharui kontrak dengan AC Milan. Kelab Serie A itu sedia menjadikannya penerima gaji tertinggi di liga tersebut.

CAIRATE, ITALY – JULY 14: (L-R) Paolo Maldini and Rafael Leao of AC Milan during an AC Milan training session at Milanello on July 14, 2021 in Cairate, Italy. (Photo by Pier Marco Tacca/AC Milan via Getty Images)

Kontrak Leao bersama Rossoneri akan tamat pada 30 Jun 2024. Milan cuba mengawalkan lanjutan kontrak untuk mengelak pemain itu terlepas ke kelab lain.

Milan berharap isu lanjutan kontrak pemain itu diselesaikan sebelum sepak mula Piala Dunia.

Milan mengambil kira faktor banyak kelab besar di Eropah berminat dengan Leao terutama sekali dari England.

Seterusnya, Milan mahu menyegerakan urusan lanjutan kontrak itu kerana mereka sedar, pemain itu sedang dalam peningkatan prestasi yang ketara. Itu akan membuatkan nilai gaji yang diminta oleh ejen pemain itu akan menjadi semakin tinggi – terutama sekali pada akhir musim ini.

Milan turut menjangkakan nilai pemain itu akan meningkat mendadak selepas Piala Dunia.

Namun berlaku kesukaran dalam rundingan. Kerana 2 ejen Rafael Leao kini tidak sehaluan.

Jorge Mendes diberi kepercayaan oleh bapa Leao untuk menguruskan kontrak baharu anaknya bersama AC Milan.

Bagaimanapun, Dimvula, yang berasa rapat dan telah direkrut sebagai ejen Leao sehingga Jun 2024, merasakan dia mempunyai hak untuk menguruskan rundingan dengan AC Milan.

Dia merasakan bahawa dia dikhianati oleh ayah Leao.

Milan kini berdepan dengan minat daripada 3 kelab Eropah yang besar. Antaranya adalah Chelsea.

Di mana Chelsea dilaporkan pernah membida pemain itu dengan pakej keseluruhan hampir EUR150 juta. Namun ditolak oleh AC Milan.

Milan berharap isu kontrak baharu pemain itu akan dapat dimeterai segera. Ini bagi mengelakkan mereka kehilangan pemain itu pada harga yang lebih rendah daripada mereka harapkan.