Ketua jurulatih pasukan Perak II, Abu Bakar Fadzim tidak menolak kemungkinan skuad bimbingannya bakal menggunakan khidmat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut jurulatih yang mesra disapa Burn itu, pemain import diperlukan bagi memastikan Perak II dapat memberikan saingan kepada pasukan lain dalam saingan Liga Perdana.

Abu Bakar Fadzim
IPOH 27 OKTOBER 2017. Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim. NSTP/EFFENDY RASHID

“Pemain import perlu ada dalam pasukan agar kami boleh bersaing dengan pasukan lain. Kami akan mengambil pemain mengikut kemampuan kewangan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Tambah Abu Bakar Fadzim, beliau telah membuat perbincangan dengan ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic untuk berkongsi pemain import memandangkan Perak II menjadi pasukan pembangunan.

Pada masa yang sama, Abu Bakar turut menegaskan pasukannya berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang skuad B-23 tahun Jepun, N.Thanabalan bagi mengukuhkan bahagian serangan.

Abu Bakar Fadzim
Sumber Gambar: Goal.com

“Kami mungkin akan mendapatkan khidmat Thanabalan daripada Kedah secara pinjaman.

“Kehadirannya pastinya memanfaatkan Perak II daripada segi pengalaman, kematangan dan dapat membimbing pemain muda.

“Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan secara lisan. Jika semuanya diselesaikan, Thanabalan akan bersama pasukan kami mulai esok (Khamis), tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak di sini:

Perak Jadi Destinasi Seterusnya Bagi Amri Yahyah?

Perak Cari Seorang Lagi Pemain Import Ganti Tempat Hussein El Dor

Guilherme De Paula Semakin Hampir Sertai Pasukan Perak?