Ketua jurulatih pasukan PKNP, Abu Bakar Fadzim memberitahu beliau sanggup melepaskan penyerang berbisa Shahrel Fikri sekiranya menerima tawaran kontrak penuh bersama pasukan dalam saingan Thai League 1.

Abu Bakar Fadzim yang berkata kepada Berita Harian turut menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk kehilangan Shahrel Fikri yang kini bersama Nakhon Ratchasima Mazda FC dengan kontrak pinjaman selama 5 bulan.

Sama ada dia akan terus bersama Nakhon Ratchasima, itu bergantung kepada prestasi semasanya dan juga keputusan sama ada dia mahu terus beraksi di luar.

shahrel fikri

“Namun sebagai jurulatih, saya akan terus memberi galakan padanya untuk mengambil cabaran baharu dan jika ada tawaran lain, saya rela melepaskannya untuk dia mengejar cita-citanya,”

Shahrel Fikri yang berjaya menjaringkan gol pertama bersama Nakhon Ratchasima Mazda FC minggu lalu ketika bertemu Ranong United dalam aksi Thai League Cup 2018, dilihat semakin hampir untuk membuka jaringan dalam saingan Thai League 1 selepas ini.

Mengulas mengenai gol yang dilakar pemain lebih mesra disapa ‘Eky’ itu, Abu Bakar sendiri sudah menjangkakan betapa anak buahnya itu mampu untuk meledak gol meskipun beraksi dalam saingan yang lebih sukar.

shahrel fikri

“Memang saya jangkakan Shahrel pasti dapat menjaringkan gol kerana sikapnya yang sentiasa berusaha untuk menambahkan keyakinan ketika beraksi.

“Syukurlah dia berjaya meledak gol pertamanya dan saya percaya lebih banyak gol dapat disumbangkan olehnya selepas ini,” katanya.

Sumber