Masa depan Frank Lampard di Chelsea terus menjadi tanda tanya. Ini selepas pengurus tersebut hanya menang sekali dalam enam perlawanan terakhir.

Pengurusan tertinggi Chelsea sudah membelanjakan lebih £200 juta untuk membantu Lampard.

The Athletic melaporkan selepas kekalahan di tangan Manchester City baru baru ini pengurusan tertinggi Chelsea membincangkan soal masa depan Lampard.

Ada 3 pertimbangan utama yang membawa kepada perbincangan tersebut.

Pertamanya, pengurusan tertinggi kini menyenaraikan beberapa nama yang berpotensi menggantikan Frank Lampard di Stamford Bridge sebagai pengurus Chelsea.

Keduanya adalah, persoalan tentang prestasi Kai Havertz dan Timo Werner, dua marquee signing yang masih bergelut dengan prestasi di bawah bimbingan Frank Lampard.

Havertz dan Werner menjadi antara pemain yang cemerlang di Eropah dalam beberapa musim sebelum ini ketika di kelab lama mereka.

Havertz merupakan rekod pembelian termahal dalam sejarah Chelsea dengan rekod  £71 juta. Manakala Timo Werner dibeli dengan nilai sekitar  £41 juta.

Tetapi Lampard tidak risau dengan soal masa depannya dan hanya fokus kepada tugasannya.

Laporan di England juga mengesahkan bahawa kedudukan Lampard masih selamat ketika ini, namun Chelsea tetap menyenaraikan beberapa nama untuk sebarang kemungkinan.

Ada beberapa nama yang disenaraikan. Thomas Tuchel dilaporkan antara pilihan utama. Marina Granovskaia sebenarnya sangat suka dengan Mauricio Pochettino. Namun pengurus itu sudah milik PSG.

Berdasarkan resume semasa, Tuchel dilihat menepati banyak kriteria. Termasuk latar belakang beliau dari Jerman yang boleh membantu membangkitkan Havertz dan Werner yang merupakan perancangan jangka panjang Chelsea.

Seterusnya nama Andriy Shevchenko juga disebut sebut dalam senarai untuk menggantikan Lampard.

Prestasi semasa Shevchenko dengan pasukan kebangsaan Ukraine membuatkan Sheva antara calon yang disukai Abaramovic.

Selain itu pemilik Chelsea itu memang sudah lama rapat dengan bekas pemain antarabangsa Ukraine itu.

Abramovich sendiri menjemput Shevchenko di Milan ketika beliau membeli pemain itu atas pilihan peribadinya.

Hubungan Sheva dengan Chelsea memang masih sangat baik. Anak beliau berusia 14 tahun, Kristian, ketika ini bermain dalam akademi pasukan Chelsea.

Baca juga perkembangan lain

Dan Tiba Tiba Klopp Persoalkan Liverpool Susah Dapat Penalti Berbanding Man United

EPL: Danny Ings Ajar Liverpool

EPL: Lampard Tak Risau Dipecat Sebab Chelsea Lalui Benda Sama Musim Lalu