Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat dirinya untuk memenangi kategori Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21).

Masih segar dengan kejayaan mengemudi pasukannya menjulang trofi TM Piala Malaysia 2021 tempoh hari, Hodak telah disenarai pendek sebagai tiga calon terakhir terbaik di antara 10 calon bagi kategori Anugerah Ketua Jurulatih Terbaik.

Kesemua calon telah disaring oleh Ahli Jawatankuasa Saringan ABK21 serta hasil undian daripada 23 Ketua Jurulatih, 23 Kapten pasukan Liga Malaysia 2021 dan 23 wakil media yang ditutup pada 21 November 2021.

Tambah pengendali dari Croatia ini, beliau meramalkan Mora atau Nafuzi mampu memenangi kategori ini.

“Saya pernah dicalonkan beberapa kali sebelum ini semasa di Kelantan dan JDT namun masih belum berpeluang memenanginya.

“Paling hampir semasa musim 2012, pada waktu itu saya sudah memenangi gelaran treble bersama Kelantan namun tiada rezeki untuk menang.

“Tahun ini, berada dalam senarai pencalonan adalah sesuatu yang sudah cukup menggembirakan, sama ada menang atau tidak semuanya bergantung kepada barisan penilai,” tambah Bojan Hodak lagi.

Selain membawa Kuala Lumpur City muncul juara TM Piala Malaysia bagi menamatkan penantian selama 32 tahun, beliau juga meletakkan pasukan di tangga keenam Liga Super dengan mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.

Majlis ABK21 akan disiarkan secara langsung menerusi unifiTV pada Sabtu, 4 Disember jam 9 malam.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Bojan Hodak Beri Kredit Kepada CEO Selepas Memenangi Piala Malaysia

KL City Tak Hirau Reputasi Hebat JDT, Julang Piala Malaysia 2021

Kedah Umum Pemain Yang Tinggalkan Pasukan