Setelah dilepaskan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), kini pemain pertahanan skuad kebangsaan, Abdul Latiff Suhaimi telah menemui pasukan baharu apabila menyertai Pulau Pinang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengumumkan perpindahan Latiff ini menerusi satu unggahan di lamam media sosial rasmi Instagram milik badan tersebut.

Pemain berusia 30 tahun ini kembali ke pangkuan pasukan yang telah memberikan peluang kepada beliau untuk memulakan karier dalam saingan Liga Malaysia pada 2011 lalu.

Abdul Latiff Suhaimi kemudiannya beraksi bersama T-Team, Felda United, PDRM FA dan Terengganu FC dimana beliau menampilkan prestasi cemerlang sehingga mendapat panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan pada 2016 lalu.

Selain menandatangani Latiff, FAP turut berjaya mendapatkan khidmat bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Samuel Somerville dan seorang lagi bekas pemain Selangor, Azmi Muslim bagi mengukuhkan benteng pertahanan.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Akmal Rizal Akmal Rakhli turut menyertai keluarga besar Pulau Pinang dimana beliau dilantik sebagai penolong ketua jurulatih.

Baca artikel lain mengenai pasukan Pulau Pinang di sini:

Samuel Somerville Sertai Pulau Pinang Bagi Hadapi Musim 2020

Pulau Pinang Dipotong Enam Mata Dan Tidak Layak Ke Liga Super 2020