Pemain tengah Perancis, Paul Pogba masih dalam dilema mengenai masa depan kariernya di Manchester United. Pemain tengah berusia 29 tahun itu masih belum memberikan komitmennya dengan Manchester United.

Kontrak Pogba di Manchester United tamat pada 30 Jun 2022, bermakna dia boleh pergi secara percuma selepas kontraknya tamat. Pogba walaubagaimanapun pernah menyatakan bahawa, kekal di Man United masih dalam senarai keutamaannya.

Kerjaya Pogba sebahagiannya dipengaruhi oleh ejennya Mino Raiola. Selain itu, abangnya, Mathias Pogba, juga antara individu yang penting dalam mempengaruhi Pogba. Ini kerana Paul Pogba seringkali meminta nasihat abangnya dalam apa juga situasi.

Malah, abangnya mengakui bahawa dia yang meminta Pogba agar pergi bermain di Juventus ketika pemain itu meninggalkan Red Devils pada 2012 – dan membidas kelab itu kerana ‘janji palsu’ mereka.

Pogba yang merupaka graduan dari akademi Man United dan memecah masuk pasukan utama, tetapi kemudian mengejutkan ramai pihak apabila dia memutuskan untuk berpindah ke Juventus sebagai ejen bebas.

Di sebalik keputusan tersebut,  nasihat abangnya, Mathias, telah menjadi salah satu sebab kenapa Pogba ke Itali.

Mathias sendiri yang mencadangkan agar Paul Pogba berpindah ke gergasi Itali 10 tahun lalu dan menyatakan bahawa Paul Pogba harus berterima kasih kepadanya.

Ditanya sama ada dia mendesak perpindahan adiknya ke Juventus, Mathias memberitahu So Foot: “[Paul] bukan sahaja saya mendesak dia sedikit, tetapi dia harus berterima kasih kepada saya, kerana dia pergi menandatangani kontrak di sana.”

“Saya meyakinkan dia, 100%. Dan lihat bagaimana dia menjadi pemain yang hebat ketika di sana.”

https://twitter.com/ManuelMenacho0/status/1508474398617051143

“Di Manchester United, dia hanya diberi janji palsu,” kata Mathias.

Mathias menegaskan bahawa dia akan terus cuba memberikan nasihat terbaik buat adiknya. Dan sudah membayangkan bahawa Paul Pogba mungkin akan pergi secara percuma sekali lagi.

“Peranan abang, cukup mudah. Tidak lebih, tidak kurang. Saya akan menasihatinya sehinggalah saya mati.”

Ketika Pogba kembali ke Man United pada 2016, dia datang ke Old Trafford dengan bayaran £89 juta – yang menjadi rekod dunia pada ketika itu.

Tetapi, sekali lagi, dia boleh meninggalkan Old Trafford secara percuma kerana kontraknya tamat pada penghujung musim.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu juga telah dikaitkan dengan kelab besar seperti Real Madrid dan Paris Saint-Germain serta kembali ke Juventus.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu baru baru ini menyatakan bahawa dia berasa sedih kerana Man United tanpa gelaran sebanyak 5 musim berturut turut.

“Musim ini belum berakhir, tetapi hampir [gagal] kerana kami tidak mempunyai sebarang gelaran lagi untuk direbut,” jelasnya.

“Saya mahu memenangi kejuaraan, bermain untuk sesuatu dan tahun ini dan beberapa tahun kebelakangan ini kami tidak memenangi kejuaraan. Sedih.”

“Ya! benar sekali [bermain untuk Perancis adalah nafas segar]. Itulah kebenarannya. Terdapat masa sukar di Man United dan saya memerlukan rehat ini untuk mendapatkan semula tenaga dan keyakinan saya.”

“Kadang-kadang apabila saya tidak bermain atau keputusan tidak bagus, datang ke sini memberi saya motivasi, nafas yang turut membantu saya kembali baik ke kelab saya,” tambahnya.