Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan pelantikan baharu tiga ketua unit di bawah Jabatan Teknikal & Pembangunan iaitu Lim Kim Chon, Mohamed Razip Ismail dan Cameron Leon Ng.

Lebih menarik, Lim Kim Chong merupakan abang kepada bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim dan beliau akan mengalas tugas sebagai Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan bagi menggantikan tempat David Abela dari Australia.

Beliau merupakan konsultan FIFA, konsultan AFC dan juga instruktur Lesen Pro yang cukup berpengalaman luas dalam bidang pendidikan kejurulatihan termasuk pernah menjadi Pengarah Teknikal FAM dan juga pernah berkhidmat bersama Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) sebelum ini.

img

Sementara itu, bekas jurulatih Pahang, Razip Ismail atau dikenali sebagai ‘Pendekar Mustar’ dalam kalangan peminat bola sepak tempatan pula dilantik sebagai Ketua Unit Belia FAM yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee yang kini merupakan Penolong Pengarah Teknikal FAM.

Beliau pernah membawa skuad B-22 kebangsaan muncul juara Piala Emas Bangabandhu 2015 di Dhaka, Bangladesh, sebelum ini adalah salah seorang instruktur bagi kursus-kursus kejurulatihan yang dianjurkan oleh FAM.

FAM turut mengumumkan bekas pengurus Armed Forces FC, Cameron sebagai Ketua Unit Akar Umbi bagi menggantikan tempat dikosongkan oleh Samuel Siew yang berpindah ke United Kingdom.

130058915_3443094239120649_2341316273628810264_o
Cameron Leon Ng. FOTO: FAM

Cameron sebelum ini pernah menjadi Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia Cardiff City Football Academy dan juga Pengurus Operasi & Pemasaran Armed Forces FC, selain turut merupakan salah seorang instruktur bagi kursus-kursus kejurulatihan yang dianjurkan oleh FAM.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Yusri Che Lah Terima Tawaran Bimbing Skuad Pelapis Ala Harimau Muda

K. Devan Mahu Bawa Negeri Sembilan Kembali Ke Liga Super 2022

RASMI: Irfan Bakti Sah Jurulatih Baharu Kuching City