Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Malaysia di Pejabat Perdana Menteri. Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Pengumuman itu turut menarik perhatian peminat bola sepak tempatan kerana salah satu pemimpin yang dipilih dalam barisan kabinet tersebut ialah saudara terdekat atau ‘abang’ kepada bintang bola sepak dari Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal.

Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal merupakan anak kelahiran Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Selangor sebelum meneruskan pengajian Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kima di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan tajaan biasiswa Petronas.

Sebelum ini, beliau turut bertugas sebagai Pegawai Khas di Pejabat Menteri Belia Dan Sukan ketika dibawah pimpinan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau juga mempunyai beberapa pengalaman kerjaya termasuklah sebagai perancang perniagaan, penganalisis serta pernah dilantik menjadi penggerak dalam Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ketika penyediaan Hala Tuju Tranformasi Ekonomi Bumiputera di Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Wan Fayhsal turut beberapa kali tampil sebagai ikon di media – antaranya sebagai ahli panel ketika Forum Agenda Islam dalam Program Transformasi Negara di TV Al-Hijrah.

Sementara itu, YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu menggantikan YB Syed Saddiq.

Vocket FC mengucapkan tahniah diatas pelantikan Wan Fayhsal sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan tugas dan amanah demi sukan negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Wan Kuzain seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Datuk Ong Kim Swee Umum Skuad Sukan SEA, Wan Kuzain Tiada Dalam Senarai Ke Filipina

Wan Kuzain Terkilan Tidak Dapat Beraksi Di Temasya Sukan SEA 2019

Bapa Wan Kuzain Dedahkan Perkara Sebenar Mengenai Cerita Anaknya Mahu Mewakili Malaysia