Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SRP) hari ini rancak mengumumkan barisan pemain baharu yang akan menyarung jersi pasukan tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Antara nama yang mencuri tumpuan peminat Tok Gajah ialah Johan Martial, pemain pertahanan import dari Perancis yang juga abang kandung kepada bintang Manchester United, Anthony Martial.

Pemain pertahanan tengah berketinggian 1.84m ini akan mengisi kekosongan ditinggalkan rakan senegara, Herold Mark Goulon yang menyertai Negeri Sembilan. Johan juga mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa kelab Ligue1 termasuklah Bastia, Brest, Troyes dan pada musim lalu bersama FC Sochaux.

Manakala di pentas antarabangsa, pemain berusia 30 tahun ini pernah mewakili pasukan B-19 dan B-20 Perancis dengan pencapaian terbaiknya adalah menjulang Kejuaraan Euro B-19 pada 2010.

Selain Johan Martial, Sri Pahang turut mengumumkan kemasukan 7 pemain tempatan baharu sudah menandatangani kontrak dengan pasukan yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dari Perancis, Christophe Gamel.

Antara pemain tempatan yang menyertai Sri Pahang pada musim ini David Rowley, Fandi Othman, Wan Amir Zafran, Azwan Aripin, Faizal Arif, Sean Gianelli dan ubi Kedah, Wan Mohd Syazmin.

Kehadiran pemain-pemain ini menjadi taruhan Sri Pahang untuk memperbaiki corak permainan sambil memburu pelbagai kejayaan di masa yang akan datang.

Christophe Gamel berkata : “Sri Pahang sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan tradisi yang hebat dalam Liga Malaysia dan saya berbangga untuk menjadi ketua jurulatih baru pasukan ini.

“Saya boleh rumuskan kelab ini mempunyai cita-cita dan perancangan yang besar untuk masa depan dan saya bersedia untuk membantu mereka mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Presiden dan pengurusan kelab dan saya juga berharap akan mendapat sokongan penuh daripada penyokong.” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Norshahrul Idlan Talaha Nafi Sertai TRW Kelantan

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group