Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) semalam mengumumkan Encik Ab Rasid Bin Jusoh, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC) berkuatkuasa serta-merta.

Beliau yang pernah menjadi CEO T-Team FC pada tahun 2013 hingga 2016 akan menguruskan TFC sebagai sebuah kelab bola sepak profesional dan syarikat berstruktur korporat.

“Ini adalah merupakan permulaan bagi sesuatu yang baru khususnya dalam arena sukan bola sepak di negeri Terengganu.

“Ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan TFC bakal bergerak dengan langkah positif dengan berlandaskan pelan atur dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memastikan kelab ini dapat bersaing dan terus membangun maju dari tahun ke tahun.

“Kejayaan dalam kejohanan semestinya menjadi keutamaan bagi semua pasukan bola sepak namun di TFC kini kita perlu mula membina penstrukturan pengurusan yang kukuh dari pelbagai sudut kerana itulah kunci untuk kejayaan bagi keseluruhan aspek dalam sesebuah pasukan bola sepak,” kata kenyataan rasmi daripada TFC.

Ab Rasid juga turut mempunyai pengalaman sebagai pemain bola sepak UKM dari tahun 1989 hingga 1993. Beliau pernah mewakili negara di kejohanan University Asian pada tahun 1992.

Lebih menarik, beliau juga adalah seorang yang berpelajaran tinggi apabila memiliki Sarjana Pengurusan Sukan dari Curtin University Perth, Australia.

Selain itu, TFC turut mengumumkan Mohd Sabri bin Abas, sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) TFC. Beliau merupakan bekas pengurus yang berjaya membawa skuad Terengganu FC III menjadi juara pada tahun 2018.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan

Sanusi Tak Jadi Letak Jawatan Sebagai Presiden KFA

Rezal Zambery: TM Piala Malaysia 2020 Lebih Sukar Diramal, Tuntut Aksi Terbaik Pemain Untuk Mara