Setelah memberi bayangan kekal bersama Johor Darul Ta’zim bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan, pemain tengah dari Sepanyol, Aaron Niguez membuat kejutan apabila beliau sah meninggalkan pasukan itu.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Niguez menerusi satu post di laman media sosial Instagram miliknya pada semalam.

“Saya telah selesai bersama Johor Darul Ta’zim. Terima kasih kepada @officialjohor!,” kata Aaron Niguez dalam post tersebut.

Sebelum ini, Niguez memuat naik gambar di Twitter milik beliau yang menunjukkan abang kepada Saul Niguez itu kembali menyertai sesi latihan JDT setelah dilepaskan pada awal musim ini.

Namun, Aaron telah memadam gambar tersebut dan beliau turut unfollow JDT di laman Instagram miliknya.

Baca artikel lain mengenai Aaron Niguez serta Johor Darul Ta’zim di sini:

Aaron Niguez Kembali Perkuatkan Johor Darul Ta’zim

JDT II Bakal Diperkuatkan Pemain Dari Sepanyol Dan Jepun

Kelab Switzerland, FC Zurich Berminat Untuk Mengambil Khidmat Safawi Rasid?