Marca membuat satu bancian daripada penyokong Man United, sama ada mereka kekal dengan pendirian mahu Ole kekal ataupun Ole Out?

87% Daripada koresponden dilaporkan mahu Ole Gunnar Solskjaer segera berambus daripada jawatan pengurus mereka.

Kekalahan terbaru di tangan Leicester baru baru ini membuatkan semakin ramai hilang kepercayaan ke atas Ole.

Di mana pengurus itu sudah mendapat pemain bintang yang beliau mahukan seperti Jadon Sancho, Raphael Varane, serta Cristiano Ronaldo.

Namun Ole terus gagal meyakinkan peminat United tentang keupayaannya menguruskan pasukan seperti United.

Penyokong United kemudian mencadangkan beberapa nama besar untuk menjadi pengurus mereka termasuk Zinedine Zidane dan Antonio Conte.

Walaupun Ole mungkin sudah hilang undi popular dari kalangan peminat Man United, namun pengurusan tertinggi kelab sudah memberikan jaminan bahawa mereka akan terus teguh berdiri di belakang Ole Gunnar Solskjaer.

Koresponden David Ornstein dari The Athletic melaporkan bahawa, kelab tidak ada masalah dengan Ole Gunnar Solskjaer yang sebelum ini sudah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2024.

Kontrak tersebut memiliki klausa khas yang membolehkan Ole akan terus kekal dengan tambahan setahun lagi daripada terma asal.

Baca juga artikel

Tuchel Terkejut Taktikal Brentford, Dan Akui Kemenangan Chelsea Kerana Mendy

Ole Akui Ambil Risiko Turunkan Maguire Dan Memuji Prestasi Kaptennya Itu

Van Der Vaart: “Berhenti Merengek Letih, Kamu Penjaga Gol Dan Banyak Berdiri Sahaja”