Sebuah laman sosial yang terkenal dengan maklumat berkenaan kedudukan AFC MA Ranking – FootyRankings, menjelaskan bahawa mata MA Ranking Malaysia dalam 4 musim terkini 87% daripadanya adalah hasil yang disumbangkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut kemaskini yang dibuat sebentar tadi, JDT mengutip 23.367 mata (87%), Selangor 1.830 mata (7%), Felda United 1.145 mata (4%) dan Perak 0.618 mata (2%). Selain itu, JDT juga adalah pasukan tunggal dari Malaysia yang konsisten beraksi dalam kejohanan peringkat benua dalam tempoh 4 tahun terkini.

2016 adalah mata paling banyak dikutip oleh JDT selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir saingan AFC Cup sebelum tewas 2-4 secara agregat kepada Bengaluru FC.

Bagi aksi 2021, Malaysia akan diwakili oleh pasukan JDT dalam kejohanan AFC Champions League serta Kedah dan Terengganu dalam kejohanan AFC Cup.

Ini adalah peluang yang sangat besar untuk Malaysia mengutip mata lebih banyak bagi menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik MA Ranking Asia Timur bagi membolehkan Malaysia menerima sekurang-kurangnya 1 slot AFC Champions League untuk musim 2023 akan datang.

Jika diperhatikan kepada kedudukan semasa, Malaysia berada ditempat ke 11 dengan 22.237 mata dibelakang Singapura dan Indonesia – walaupun kedudukan itu tidak jauh.

Pastinya aksi yang baik dalam AFC Champions League dan AFC Cup musim ini akan mampu membawa Malaysia dikedudukan MA Ranking yang lebih baik seterusnya mengekalkan slot automatik AFC Champions League.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”

“Era Kita Seronok Lihat Pemain Jepun Ke Luar Negara Sudah Tamat. Bukan Sekadar Hantar Pemain Ke Eropah.”

Media Jepun Dedahkan Dang Van Lam Sertai Cerezo Osaka, Pemain Vietnam Pertama Dalam J1 League