Pihak FA Thailand dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui laman sosial Facebook mereka semalam menyatakan bahawa ada 8 syarikat yang telah melakukan bidaan untuk hak penyiaran saingan Thai League musim 2021 hingga 2028.

Menurut kenyataan dari FA Thailand, mereka telah membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melakukan bidaan untuk hak penyiaran dan media untuk 8 musim itu sekitar bulan Oktober yang lalu.

Difahamkan hak penyiaran itu nanti adalah untuk saingan Thai League 1 hingga 4, Chang FA Cup, Toyota League Cup termasuk juga siaran pasukan kebangsaan lelaki dan wanita Thailand, skuad futsal kebangsaan Thailand, Liga Futsal Thailand dan juga bola sepak pantai.

Ia terbuka kepada semua pihak yang berminat samada dari agensi, syarikat penyiaran, stesen televisyen dan sebagainya yang berada dalam industri media dibenarkan menyertai bidaan.

Berdasarkan bidaan yang telah diterima, ada 2 syarikat yang menawarkan bidaan yang hampir sama dimana 1 syarikat tempatan dan 1 lagi adalah dari luar negara.

15439952_446005735787986_1773371500039594958_n

Menurut perkembangan itu lagi, FA Thailand akan terus berbincang dengan lebih halus bersama 2 syarikat tersebut untuk sebelum membuat keputusan mengenainya dalam masa terdekat.

Dijangkakan sebuah syarikat tempatan tersebut adalah pemegang hak penyiaran Thai League semasa iaitu TrueVision dan syarikat dari luar negara pula merupakan DAZN yang juga pemegang hak penyiaran saingan J.League.

Dalam kontrak sebelum ini untuk musim 2017 hingga 2020, setiap kelab Thai League 1 akan menerima sekitar 50 juta Baht, sekitar RM6.4 juta, peningkatan dari 20 juta Baht / RM2.6 juta. Manakala bagi Thai League 2 akan menerima sekitar 7 juta Baht, sekitar RM894,000 peningkatan dari 3 juta Baht / RM383,000.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League: DAZN Sedia Bida Hak Penyiaran Dengan Harga RM276 Juta Semusim Mulai 2021

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.