Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid mengesahkan 8 pengadil tempatan telah dikenakan hukuman setelah mereka meneliti laporan daripada Pegawai Penilai Pengadil bagi setiap perlawanan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020.

Bagaimanapun, prestasi keseluruhan pengadil dan penolong pengadil sepanjang musim ini adalah pada tahap memuaskan, biarpun terdapat sebilangan mereka yang gagal menjalankan tugas dengan baik apabila melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.

“8 orang pengadil dan penolong pengadil yang didapati melakukan kesilapan itu telah dikenakan tindakan hukuman iaitu diberikan amaran keras (4 orang), digantung tugas selama dua minggu (2 orang) dan digantung tugas untuk satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian (2 orang),” kata Dali dalam satu kenyataan.

121166240_3301086636654744_2101819525993268457_o
FOTO: FAM

Tindakan itu diambil selepas mereka menerima 4 aduan rasmi daripada pasukan Liga Super dan Liga Premier. Lain-lain pasukan hanya membuat bantahan melalui media yang tidak mengikut saluran rasmi.

“Kami menerima beberapa komen dan bantahan yang tidak memberansangkan dari 4 pasukan.

“Pasukan itu ialah UiTM FC, Terengganu, Sabah dan PJ City,” katanya.

Dali juga berharap agar pasukan-pasukan yang bertanding dapat membuat aduan/bantahan mengikut saluran yang betul iaitu secara rasmi melalui FAM dan bukannya semata-mata menerusi media, bagi memastikan ia dapat diperhalusi dengan sebaiknya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Piala Malaysia 2020: Persiapan Pasukan Lembah Klang Terjejas Kerana PKPB

https://www.vocketfc.com/wp/wp-admin/post-new.php

Azmeer Yusof Dedahkan Punca Utama Kenapa Beliau Tinggalkan Skuad Helang Merah