Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 28 pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada 5 Disember hingga 1 Januari 2022 nanti.

Akan tetapi, senarai kali ini menerima kritikan khususnya daripada peminat bola sepak tanah air kerana ketiadaan pemain utama selain pemain yang menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Berikut adalah senarai 8 pemain yang wajar untuk dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020.

1. Arif Aiman

Harimau Malaya
Arif Aiman

Peminat paling kecewa kerana Arif Aiman tiada dalam senarai yang dikeluarkan oleh FAM baru-baru ini. Menurut Tan Cheng Hoe, faktor keletihan menjadi sebab utama mengapa beliau tidak memanggil pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) ini.

2. La’Vere Corbin-Ong

Harimau Malaya
Sumber Gambar: FAM

Corbin-Ong menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan kiri negara sejak beliau mula membuat penampilan pada 2019 lalu. Namun kali ini Cheng Hoe memanggil Arif Farhan dan Arif Fadzilah bagi mengisi posisi tersebut.

3. Natxo Insa

Pemain
Sumber Gambar: JST

Sudah lama peminat mahu melihat Natxo Insa membuat kemunculan semula bersama pasukan negara sejak kali terakhir pada 2018 lalu. Namun, impian peminat bagi menyaksikan aksi Natxo sehingga kini belum kesampaian.

4. Matthew Davies

Matthew Davies
Aksi Matthew Davies ketika menentang Indonesia di Jakarta pada bulan September 2019. FOTO: AP

Matthew Davies juga sentiasa menjadi pilihan utama Cheng Hoe di posisi pertahanan sebelum ini namun prestasi beliau musim ini masih belum cukup meraih perhatian jurulatih itu.

5. Shahrul Nazeem

Harimau Malaya
Sumber Gambar: Selangor

Shahrul atau yang lebih mesra disapa Afro menjadi tulang belakang Selangor dalam saingan musim 2021. Pemain berusia 22 tahun ini beraksi dengan cukup cemerlang di bahagian pertahanan skuad Gergasi Merah dan ramai berpendapat pemain ini wajar untuk dipanggil.

6. Daniel Ting

Harimau Malaya
Daniel Ting

Kemunculan semula Daniel Ting dalam saingan Liga Malaysia musim ini nyata memberi rahmat yang tersendiri bagi Kuala Lumpur City. Daniel menjadi salah satu pemain penting bagi Kuala Lumpur.

7. Zhafri Yahya

Zhafri Yahya
Zhafri Yahya

Zhafri menjadi pemain utama khususnya di bahagian tengah skuad kendalian Bojan Hodak musim ini. Beliau mencipta gandingan yang baik bersama dua lagi pemain iaitu Akram Mahinan dan Ryan Lambert dimana tiga pemain ini membantu Kuala Lumpur mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

8. Suhaimi Husin

Harimau Malaya
Sumber Gambar: Berita Harian

Kecederaan yang dialami oleh Rahadiazli Rahalim nyata memberi peluang kepada penjaga gol Terengganu yang lain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Suhaimi menampilkan prestasi yang memberangsangkan setiap kali beliau diturunkan oleh Nafuzi Zain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Penyokong Kecam Alasan Mengapa Arif Aiman Tidak Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan

Takut Keletihan Punca Arif Aiman Tidak Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Aidil Zafuan Dipilih Berdasarkan Pengalaman Di Pentas Antarabangsa