Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Saingan Liga Qatar menjadi satu medan terbaru dimana beberapa pemain berstatus bintang dunia beraksi selepas menamatkan kontrak atau menimba pengalaman bersama beberapa kelab besar di Eropah.

Faktor gaji tinggi yang ditawarkan oleh kelab di sana menjadi salah satu faktor mengapa pemain bintang ini mengambil risiko untuk beraksi di Qatar meskipun mereka masih diburu oleh kelab di Eropah. Di sini, kami senaraikan 8 pemain berstatus bintang yang beraksi di Liga Qatar.

1. James Rodriguez (Al Rayyan)

Liga Qatar

Sumber Gambar: Planet football

James Rodriguez meninggalkan Everton meskipun musim lalu beliau menampilkan prestasi yang baik. Bekas pemain Porto, Bayern Munich dan Real Madrid ini telah menjaringkan dua gol dalam empat penampilan setakat ini.

2. Steven Nzonzi (Al Rayyan)

Liga Qatar

Sumber Gambar: new in 24 Hour

Pemenang Piala Dunia 2018 ini menyertai Al Rayyan dengan kontrak dua tahun setelah sebelumnya beraksi bersama Galatasaray dan Rennes secara pinjaman dari AS Roma.

3. Santi Cazorla (Al Sadd)

Liga Qatar

Sumber Gambar: Bleacher Report

Santi berhijrah ke Al Sadd setelah menampilkan aksi terbaik bersama Villarreal. Bersama Al Sadd yang juga dibimbing oleh Xavi, Santi telah memenangi beberapa gelaran seperti Qatar Stars League, Qatar Cup, Emir of Qatar Cup dan Qatari Stars Cup.

4. Toby AlderweirelD (Al-Duhail)

Liga Qatar

Sumber Gambar:Eurosport

Toby meninggalkan Tottenham Hotspur setelah enam musim beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Sebelumnya, Toby mencipta nama bersama Ajax Amsterdam dan kemudiannya berhijrah ke Atletico Madrid dan Southampton.

5. Andre Ayew (Al Sadd)

Liga Qatar

Sumber Gambar: Kick 442

Andre beraksi bersama Santi Cazorla di Al Sadd setelah meninggalkan Swansea City. Kontrak pemain berusia 31 tahun itu tamat pada Julai lalu dan serta merta beliau beraksi di bawah bimbingan Xavi.

6. Marc Muniesa (Al-Arabi)

Liga Qatar

Sumber Gambar: Bleacher Report

Graduan La Masia ini antara pemain bintang terawal yang beraksi di Liga Qatar dimana beliau menyertai Al-Arabi pada 2019. Sebelumnya, pemain berusia 29 tahun itu beraksi bersama Stoke City dan Girona.

7. Javi Martinez (Qatar SC)

Liga Qatar

Sumber Gambar: Asian Football

Javi Martinez meninggalkan Bayern Munich setelah memenangi 9 gelaran Bundesliga bersama kelab Jerman itu. Pemain berusia 33 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad Piala Dunia 2010 dan UEFA Euro 2012 Sepanyol.

8. Yacine Brahimi (Al Rayyan)

Liga Qatar

Sumber Gambar: Archyde

Yacine beraksi bersama James Rodriguez di Al Rayyan setelah meninggalkan Porto pada 2019. Pemain skuad kebangsaan Algeria itu telah menjaringkan 15 gol dalam 22 perlawanan yang dihadapi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

B.Satianathan Kembali “Tembak” Lim Teong Kim

Piala Suzuki AFF: Indonesia Umum Senarai 26 Pemain Berlatih Di Turki Termasuk Pemain Naturalisasi

Kopa Arena Kongsi Status Terkini Proses Pembelian Saham Perak

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group