‘Project Restart’ oleh Liga Perdana Inggeris kini berhadapan dengan cabaran untuk diteruskan. Ini apabila 8 pasukan kini menentang idea menyambung liga di gelanggang neutral.

Sebelum ini, CEO Aston Villa, Christian Purslow membangkitkan isu membantah idea bermain di gelanggang neutral kerana mereka masih ada 6 baki perlawanan di Villa Park.

Ia akan membuatkan Aston Villa kehilangan kelebihan di tempat sendiri. Beliau menegaskan bahawa impak daripada cadangan itu bernilai £200 juta dan mengibaratkan ia akan lebih teruk jika pasukan itu tersingkir daripada liga.

Idea bermain di gelanggang neutral itu dicadangkan kerana ada beberapa bandar tidak boleh menganjurkan langsung acara sukan walaupun bermain di gelanggang kosong.

Ini kerana berlaku ‘spike’ covid-19 yang kuat di tempat berpenduduk padat.

EPL masih ada baki aksi 92 perlawanan lagi untuk mereka habiskan. 6 pasukan berada di tangga tercorot kini mempersoalkan intergriti pertandingan jika mereka tersingkir kerana tidak bermain di tempat sendiri.

EPL akan mengadakan satu lagi persidangan. Menurut Telegraph, 6 kelab di kedudukan bawah liga dengan 2 lagi pasukan di kedudukan lebih baik mahu mengundi untuk menentang idea itu.

Jika ini berlaku, EPL terpaksa mencari idea baharu untuk menganjurkan baki perlawanan mereka. Hal ini kerana setiap dasar yang dicadangkan perlu mendapat sokongan sekitar 2/3 ataupun undian 14-6. Dalam kedudukan semasa, EPL tidak mendapat majoriti itu.

Premier League masih belum mengumumkan tarikh khusus liga mereka akan bersambung.

Namun desas desus dari UK menyatakan bahawa, 12 Jun kemungkinan tarikh EPL akan bersambung semula.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Balotelli Dan Mello Kutuk Balik Chiellini

Balotelli Dan Mello Kutuk Balik Chiellini

Beckham Mahu James Rodriguez Dan Luis Suarez