Industri bola sepak adalah sebuah industri yang besar dan luas terutama kepada pembekal pakaian serta peralatan kepada pasukan untuk beroperasi dengan lancar.

Sejak kebelakangan ini, beberapa buah kelab bola sepak di negara jiran – Thailand sudah mula melakukan transformasi dalam berurusan dengan jenama-jenama pakaian yang menaja jersi pasukan mereka sebelum ini apabila pihak pengurusan kelab memutuskan untuk memiliki ‘in-house production‘ yang menghasilkan jersi.

Mungkin ini adalah diantara strategi baru kelab-kelab di Thailand untuk mempertingkatkan lagi margin keuntungan bagi menjaga prestasi kewangan kelab selain beberapa lagi faktor lain yang mungkin mereka fikirkan perlu untuk ‘tackle‘ pasaran demografik tempatan.

Terma ‘in-house production‘ tidak semestinya sesebuah pasukan itu memiliki kilang untuk menghasilkan kelengkapan sendiri kerana ada juga pasukan yang bekerjasama dengan kilang tempatan untuk menghasilkan jersi mereka dengan jenama sendiri.

Sebagai contoh, musim 2020 ini kelab SCG Muangthong United telah memperkenalkan jenama mereka sendiri SHOOT sebagai ‘in-house production‘ mereka. Namun, logo jenama SHOOT ini hanya terpapar pada jersi latihan dan beberapa aksesori rasmi kelab lain dan jersi kelab tidak diletakkan sebarang jenama.

photo_2020-04-01_22-25-02

Selain itu, seperti yang semua sedia maklum Buriram United juga memiliki strategi yang sama apabila mereka menggunakan jenama SYNTREL. Jenama ini sebenarnya banyak menyediakan fabrik yang memberikan fokus kepada pakaian sukan dan pelanggan mereka juga bukan ‘kaleng-kaleng’ seperti Reebok, Lacoste, Under Armour, Hanes, Oakley dan lain-lain lagi.

Kewujudan Syntrel adalah sebagai sebuah jenama dan kilang yang menghasilkan semua pakaian ini adalah Nanyang Textile yang berpangkalan di Bangkok.

88039336_2765418470244744_1228056206489157632_o

Jenama Syntrel ini juga turut digunakan oleh beberapa kelab tersohor Thai League sebelum ini seperti PT Prachuap, Army United, Sisaket FC dan PTT Rayong FC.

Musim 2020 ini dapat diperhatikan sekurang-kurangnya 8 buah pasukan dalam saingan Thai League menggunakan strategi yang sama untuk pasukan mereka seperti;

  • Buriram United
  • SCG Muangthong United
  • Ratchaburi Mitrphol
  • Chiangrai United
  • Khonkaen
  • Chiangmai
  • Lampang
  • Nakhon Pathom

Banyak kelebihan menggunakan jenama sebegini terutama dalam menghasilkan barangan rasmi kelab kerana keupayaan mereka untuk memahami budaya, behaviour dan demografik yang lebih baik.

Pasukan tidak boleh mengikuti 100% apa yang dihasilkan oleh kelab-kelab di eropah atau benua lain sebenarnya kerana mungkin untuk demografik sesebuah kelab dikawasan mereka itu tidak laku kerana ‘tak ngam‘ dengan audience.

Jadi, adalah lebih baik pihak kelab menggunakan kelebihan ini untuk ‘penetrate’ pasaran dimana mereka berada selain menjadikan produk mereka lebih unik.

Namun, kebanyakan pihak pengurusan lebih memadang prestij jenama itu sendiri melebihi dari kualiti barangan dihasilkan walaupun pasukan tidak menerima 1 sen dari jualan. Ini mungkin antara benda yang perlu ditukar dengan segera untuk menyelamatkan pasukan atau selamanya akan terus menjadi ‘pasukan subsidi’.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Ramalan Arsene Wenger Kini Menjadi Kenyataan, Nguyen Tuan Anh Pemain Paling Berbakat Di Mata ‘Le Professeur’

Bagaimana Messi Menjadi Penggelecek Unggul Hanya Bersenjatakan Fake Body Feint

Lima Pemain Import Terbaik Liga Malaysia Pilihan Datuk K.Rajagopal