Sebuah jawatankuasa dalam VFF semalam telah mencadangkan satu jalan keluar kepada masalah berkaitan pengadil dalam saingan liga bola sepak Vietnam yang dilihat semakin buruk ketika ini.

Berdasarkan data penuh musim 2019, 77% peratus pengadil telah melakukan kesilapan membuat keputusan dalam perlawanan untuk saingan V.League 1 dan 74% pengadil melakukan perkara sama dalam saingan divisyen 2.

Selain itu, apa yang lebih merunsingkan VFF adalah perkara itu turut menjadi isu kepada pembantu pengadil dimana 61% kesilapan berlaku dalam saingan V.League manakala 36% pula wujud dalam saingan divisyen 2 negara itu.

Selepas menerima pelbagai laporan serta dipersoalkan oleh ramai pemerhati bola sepak di Vietnam, Lembaga Pengarah Pengadil VFF yang diketuai oleh Duong Van Hien bertindak untuk memberikan penyelesaian jangka pendek dan juga panjang bagi melatih para pengadil mereka.

“VFF akan menganjurkan kursus latihan jangka pendek dalam fasa kedua liga musim ini. Kami akan menjemput ahli psikologi untuk membantu pengadil dalam latihan itu nanti mengikut cara yang ditetapkan oleh AFC dan juga FIFA.”

“Kesilapan yang dibuat oleh pengadil dalam fasa 1 liga akan dilihat semula sebagai bahan kajian. Untuk jangka masa panjang pula, kita akan melakukan semakan semula semua pengadil kerana ramai pengadil senior yang tidak memenuhi syarat mengendalikan perlawanan profesional.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

‘Insta Story’ Kpah Sherman Dan Aidil Sharin Beri ‘Hint’ Kuat Kedah FA Ada Masalah Kewangan Yang Nazak?

Program ‘Local Giant’ Oleh Selangor FA Berjaya Tarik 45 Penaja SME Bernilai RM700,000 Bagi Musim 2020

Kaki Theerathon Bunmathan Rabak Dan Terpaksa Dijahit Selepas Dipijak Pemain Jepun

Sumber