Ketua jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang-seo memulakan karier di Vietnam pada 29 September 2017, mengambilalih tugasan mengendali skuad kebangsaan negara itu dari tangan Mai Duc Chung yang bertindak sebagai jurulatih sementara pada ketika itu.

Menurut beberapa maklumat, skuad Vietnam sebenarnya memiliki beberapa calon lain seperti Takashi Sekizuka dan juga Steve Sampson dari Amerika Syarikat untuk jawatan itu, namun semuanya tidak berjaya mencapai persetujuan.

Ketibaan Park Hang-seo pada hujung September 2017 dengan reputasi sebagai salah seorang pembantu Guus Hiddink di Piala Dunia 2002 gagal menambat hati penyokong Vietnam dan disambutan dengan ejekan dari peminat skuad naga emas.

Namun kini, nama Park Hang-seo menjulang tinggi selepas berjaya menjadikan Vietnam sebagai sebuah pasukan bola sepak yang disegani diperingkat ASEAN, selain berjaya menempatkan Vietnam sebagai Top 12 pasukan terbaik Asia ketika ini.

Menurut rekod pertemuan skuad Vietnam dibawah Park Hang-seo berdepan dengan pasukan dari ASEAN, sejak beliau membimbing Vietnam dalam perlawanan rasmi pertama bertemu Afganistan pada 14 November 2017, sebanyak 18 perlawanan telah dilalui.

Dari jumlah itu 14 daripadanya adalah kemenangan, 4 kali seri dan tidak pernah kalah walaupun sekali sehingga kini. Winning rate beliau dari angka-angka ini adalah sekitar 77.78%.

Berbaki 2 lagi perlawanan peringkat kumpulan B kejohanan Piala AFF 2020 berdepan Indonesia dan Kemboja, Park Hang-seo dijangka tiada masalah untuk menang kedua-dua perlawanan itu seterusnya memperbaiki winning rate kepada 80%!

Sehingga artikel ini ditulis, hanya ada 3 negara ini sahaja yang mampu menghalang Park Hang-seo mencatatkan kemenangan iaitu;

  1. Myanmar: Piala AFF 2018 dengan keputusan 0-0
  2. Malaysia: Piala AFF 2018 dengan keputusan 2-2
  3. Thailand: Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022 dengan keputusan 0-0
  4. Thailand: Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022 dengan keputusan 0-0

Masih tiada tanda-tanda Park Hang-seo mahu ‘mengorbankan’ rekod itu dan diramalkan pencapaian beliau bersama skuad kebangsaan Vietnam akan terus memuncak sehingga kejohanan Piala Asia 2023.

4 tahun membimbing pasukan Vietnam, masih tiada pasukan ASEAN yang mampu menewaskannya dalam pelbagai kejohanan sehingga hari ini. Memang King of ASEAN!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Park Hang-seo: “Saya Hanya Fokus Pada Keputusan. Tak Peduli Macam Mana Nak Menang.”

Jurulatih Vietnam Dedahkan Pemain ‘Naik Muak’ Makan Ayam Dan Ikan, Mahu Daging Babi Dalam Menu Harian

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta