Selepas tamat perlawanan ke-2 saingan CIMB Liga Super dan juga Liga Premier Malaysia 2020 yang berlangsung di 11 venue, secara keseluruhannya 75,563 orang penonton telah hadir ke stadium menyaksikan perlawanan.

Angka itu bagaimanapun tidak termasuk 1 perlawanan Liga Premier yang terpaksa ditangguhkan akibat faktor cuaca dimana hujan lebat serta ribut petir yang berlaku di Stadium MPS, Selayang ketika pasukan Kelantan bertemu UKM FC.

Untuk perlawanan dalam saingan CIMB Liga Super 2020, semua venue perlawanan mencatatkan jumlah kehadiran yang melebihi 1,000 orang dan kehadiran terendah dicatatkan di Stadium UiTM, Shah Alam ketika pasukan PJ City FC bertemu Pahang dengan kehadiran seramai 2,110 orang direkodkan.

89085038_1616900681806558_6180744189924343808_o

Jumlah kehadiran tertinggi bagi saingan LS2 CIMB Liga Super 2020 pula masih menjadi milik Stadium Sultan Ibrahim, apabila seramai 24,387 orang telah hadir menyaksikan perlawanan JDT bertemu dengan UiTM FC. Ini adalah kali kedua berturut-turut Stadium Sultan Ibrahim muncul sebagai venue yang merekodkan kehadiran paling tinggi pada hari perlawanan.

Secara puratanya pula, saingan LS2 CIMB Liga Super 2020 ini mencatatkan penurunan kepada 10,466 orang berbanding 13,680 orang pada LS1 minggu sebelumnya. Namun, masih boleh dianggap baik sekiranya kita semua mampu mengekalkan purata kehadiran melebihi 10,000 penonton keatas sepanjang musim.

Bagi saingan Liga Premier Malaysia 2020 pula, kehadiran tertinggi direkodkan di Stadium Bandaraya ketika pasukan Pulau Pinang melayan kunjungan pasukan Selangor II, dimana 5,855 orang telah hadir menyaksikan perlawanan pada malam itu.

89058047_4200275876665185_3827557726142070784_o

Kehadiran terendah pula adalah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dengan jumlah kehadiran sekitar 350 orang sahaja ketika perlawanan diantara Terenggganu II bertemu Perak II.

2 venue dalam saingan Liga Premier Malaysia 2020 merekodkan kehadiran dibawah 1,000 orang penonton iaitu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan juga Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang mencatatkan kehadiran seramai 967 orang ketika pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Negeri Sembilan.

Secara keseluruhannya untuk saingan LP2 Liga Premier Malaysia 2020 telah merekodkan 12,780 orang penonton hadir ke stadium dan secara puratanya adalah seramai 2,130 orang, penurunan dari 3,438 orang pada perlawanan LP1 minggu lalu.

74698867_3526277880778025_1855290245394726912_o

Inilah catatan kehadiran penonton ke stadium bagi saingan CIMB Liga Super Malaysia dan juga Liga Premier Malaysia 2020 yang mungkin boleh menjadi petunjuk untuk kita memeriahkan lagi saingan liga bola sepak tempatan.

Sesungguhnya saingan bola sepak tempatan itu adalah roh kepada pasukan kebangsaan Malaysia.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

JDT Jana Pendapatan Lebih RM800,000 Dalam Masa 4 Hari, Tarik Hampir 60,000 Penyokong Ke Stadium

B.Sathianathan: “Dah 62 Tahun Merdeka, Masih Lagi Maki Dengan Perkataan Keling Dan Anjing. Itu Fans Ke?”

Azmeer Yusof Sediakan Rumahnya Sebagai Tempat Mengaji, Cari 10 Orang Yang Mahu Belajar Al-Quran PERCUMA