Tiket bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia lwn Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini (19 November 2019) dijangka habis terjual dalam masa terdekat ini memandangkan hanya tinggal sedikit kuantiti tiket yang masih boleh dibeli oleh penyokong Harimau Malaya secara online di www.tickethotline.com.my.

Berdasarkan situasi semasa ini, berkemungkinan besar tidak akan ada penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket di stadium pada hari perlawanan (Selasa) jika kesemua tiket telah habis terjual secara online ini.

Justeru, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin memohon kerjasama daripada seluruh warga bola sepak negara supaya tidak menjadi ‘orang tengah’ dengan menjual tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Harimau Malaya itu kepada penyokong pasukan pelawat, Indonesia.

Ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah terutama dari segi keselamatan serta aliran kemasukan penyokong kedua-dua pasukan ke dalam stadium pada hari perlawanan, Selasa ini.

Untuk makluman, isu ini terjadi pada perlawanan Malaysia lwn Thailand di stadium sama, Khamis lalu apabila jumlah kehadiran penyokong pasukan pelawat, Thailand adalah seramai kira-kira 5,000 orang, melebihi jumlah tiket yang telah diperuntukkan FAM kepada penyokong Thailand iaitu untuk 2,500 orang.

Ia berpunca daripada sikap segelintir warga bola sepak Malaysia sendiri yang telah ‘membantu’ penyokong pelawat membeli tiket menggunakan kuota kawasan tempat duduk penyokong tuan rumah (Malaysia) untuk masuk ke dalam stadium, sekali gus menyukarkan pihak keselamatan untuk menempatkan para penyokong pelawat ini di tempat yang sepatutnya.

Justeru, bagi mengelak perkara yang sama berulang pada perlawanan Malaysia lwn Indonesia, Selasa ini, FAM dan PDRM sekali lagi ingin menasihatkan warga bola sepak Malaysia supaya tidak menjadi punca kepada masalah ini dengan mengambil sikap bertanggungjawab tidak menjual hak penyokong Malaysia ini kepada penyokong pelawat.

74955605_2793373700727318_5471628201543335936_o

Saya percaya, jika semua pihak memberikan kerjasama dalam menangani masalah ini, sudah pasti tidak timbul masalah berkaitan tempat duduk penyokong Malaysia dan penyokong Indonesia.

Untuk makluman, FAM telah memperuntukkan sejumlah 4,500 tiket bagi penyokong pasukan pelawat, Indonesia seperti mana yang dimohon oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi perlawanan Selasa ini.

Penjualan tiket bagi penyokong pelawat ini akan diuruskan sendiri oleh pihak PSSI.

Bagi penyokong Harimau Malaya, anda masih boleh membeli tiket secara online di www.tickethotline.com.my tetapi hanya tiket tempat duduk Terbuka masih ada manakala tiket bagi tempat duduk Grandstand dan FAM Premium telah pun habis terjual.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia

Komen Akira Nishino Selepas Malaysia Tumbangkan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Thailand Batal Sesi Latihan Pertama, Sewa Padang Latihan Sendiri Menjelang Perlawanan Bertemu Vietnam