Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sesuatu yang luar biasa menerusi acara maya pada malam 18 Februari ini dan berpotensi disaksikan oleh lebih 75 juta penonton dari seluruh dunia.

Menurut kenyataan rasmi, jersi baharu JDT Home & Away 2022 bakal dilancarkan pada tarikh tersebut dan mereka turut mengalu-alukan kehadiran para penyokong setia Harimau Selatan untuk menyaksikan secara langsung dari Tempat Letak Kereta Stadium Sultan Ibrahim.

“Kemegahan Harimau Selatan bakal dipertontonkan ke seluruh dunia dengan sesuatu yang lain dari yang lain dan bakal mengubah sejarah bola sepak tempatan.

“JDT akan mencipta satu lagi sejarah dan membuktikan Harimau Selatan berada pada kelas tersendiri pada 18 Februari nanti.

“Pelancaran unggul jersi JDT Nike Home & Away 2022 dengan kejutan istimewa yang bakal disaksikan sehingga 75 juta penonton di seluruh dunia. Jadilah antara yang terawal dan saksikannya secara langsung!,” tulis kenyataan rasmi daripada JOHOR Southern Tigers.

Selain pelancaran jersi, terdapat juga Pertunjukan ‘Laser & Effects’, Persembahan nyanyian, Karnival Mini Keriangan dan Permainan serta deretan Kedai-kedai Makanan Minuman dalam satu malam yang penuh keterujaan.

Malah, penyokong JDT juga berpeluang menjadi antara yang terawal mendapatkan jersi JDT Nike Home & Away 2022 yang turut dijual pada hari tersebut. Kemasukan adalah percuma bermula jam 6 petang serta wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid.

Elemen kejutan dalam acara itu pastinya mengundang debaran dan keterujaan kepada penyokong Harimau Selatan. Bukan sekadar retorik, implementasi yang dilakukan oleh organisasi JDT kelak pastinya akan menghasilkan fenomena luar biasa terhadap konseptual, jenama, perspektif serta melonjakkan martabat bola sepak Negeri Johor secara khususnya di mata dunia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022

Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku

Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu