VAR merupakan satu pengadilan menggunakan rujukan ulang tayang video. Ianya digunakan oleh pengadil untuk melihat insiden melihat sama ada gol adalah bersih (bebas daripada sebarang pelanggaran termasuk ofsaid, handball, faul dan sebagainya), insiden penalti, serta untuk menilai kesalahan kad merah.

Namun di England, satu kajian dibuat oleh Persatuan Peminat (FSA) melibatkan para peminat. Seramai 33,000 koresponden yang terlibat. Menjadikannya, kajian terbesar yang pernah dibuat oleh FSA.

Dan hasilnya hanya 26% sahaja peminat yang menyokong VAR dalam bola sepak.

Wolverhampton Wanderers v Norwich City – Premier League – Molineux
Wolverhampton Wanderers’ supporters protesting against VAR

Musim ini sorakan ‘F*** VAR’ seringkali kedengaran di dalam stadium. Tanda kemarahan peminat ke atas satu sistem yang dianggap tidak jelas serta tak konsisten.

FSA juga mendapati bahawa 95% peminat menyatakan bahawa VAR telah membunuh keseronokan menyaksikan bola sepak. Dan 44% lagi menegaskan bahawa mereka mempertimbangkan untuk tidak menghadiri perlawanan bola sepak yang akan datang selepas dikecewakan VAR.

Bagi peminat yang menyaksikan dari rumah pula, 94% daripada mereka menegaskan bahawa VAR membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Di mana kedua dua penyokong setuju bahawa VAR memberikan impak kepada keraian gol serta menyatakan bahawa mereka menjadi sangat tertekan dengan detik yang digunakan untuk menyemak insiden.

Pengerusi FSA: “Ianya jelas sekali para peminat merasakan VAR merosakkan keraian gol yang spontan, yang merupakan detik paling mengujakan dalam perlawanan bola sepak – kini telah dirompak.”

“Kami harap Premier League, dan badan pengadilan [PGMOL] akan mendengar suara penyokong dan mendesak mereka memperbaiki sistem yang kabur dalam memberikan keputusan yang jelas di dalam stadium.”

PGMOL sebelum ini menyatakan mereka akan cuba mempercepatkan lagi proses penilain insiden dengan VAR dan memperbaiki penilaian ke atas insiden handball.

Presiden FIFA pula menyatakan bahawa VAR adalah sangat bagus untuk bola sepak. Infantino berkata: “Sekarang ini, jika kamu ada keraguan, maka VAR akan memeriksanya. Dan di situlah kamu melihat detik adrenalin menguasai peminat ketika menunggu keputusan VAR.”

Baca juga artikel

RASMI: Ancelotti Tinggalkan Everton, Sertai Kelab Yang Sentiasa Di Hatinya Real Madrid

RASMI: Aguero Sertai Barca, Kontrak 2 Tahun Dengan Klausa Pelepasan €100 Juta

Jumlah Perbelanjaan Bersih Guardiola Di City €619.96 Juta Berbanding Chelsea €286.48 Juta Untuk Tempoh Sama