Don’t cry for me Argentina..

Skuad La Albiceleste bimbingan Jorge Sampaoli gagal untuk meneruskan kemaraan dalam kejohanan Piala Dunia Russia 2018, apabila tunduk 3-4 kepada pasukan Les Blues diperingkat kalah mati.

Kun Aguero yang menjaringkan gol ke 3 Argentina untuk merapatkan kedudukan pada minit ke 93, tetapi ia sudah terlalu lewat bagi mereka untuk mencari 1 gol untuk mengheret pasukan Perancis ke masa tambahan.

Berakhirnya cabaran Argentina dalam kempen Piala Dunia Russia 2018, kami bawakan 7 perkara yang menarik mengenai skuad La Albiceleste ini sebagai penutup tirai mereka dalam edisi kali ini.

Kali Pertama Tewas Dalam Perlawanan Kompetitif Walaupun Menjaringkan 3 Gol

3 gol telah dijaringkan oleh skuad Argentina ketika bertemu Perancis melalui Angel Di Maria, Gabriel Mercado dan Kun Aguero namun masih tidak berjaya mengekang Les Blues untuk menjaringkan 4 gol.

Dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bola sepak Argentina, tewas dalam perlawanan bola sepak kompetitif walaupun menjaringkan 3 gol. Untuk rekod, Argentina telah mengadakan 430 perlawanan kompetitif secara keseluruhannya.

 

Lionel Messi Ulangi Rekod Diego Maradona, 2 ‘Assist’ Dalam 1 Perlawanan

Hanya 1 gol telah dijaringkan oleh Lionel Messi dalam kempen Piala Dunia 2018 ini.

Namun, pada perlawanan peringkat kalah mati, Lionel Messi berjaya membuat bantuan gol sebanyak 2 kali – gol ke 2 oleh Gabriel Mercado dan gol ke 3 oleh Kun Aguero.

Rekod 2 bantuan gol dalam 1 perlawanan ini pernah dibuat oleh lagenda bola sepak mereka Diego Maradona pada Piala Dunia edisi 1986 ketika bertemu Korea Selatan dan Lionel Messi muncul pemain Argentina pertama mengulangi catatan tersebut sejak 32 tahun lalu.

Gol Paling Jauh Dijaringkan Dalam Piala Dunia Russia 2018

Gol penyamaan oleh Angel Di Maria pada minit ke 41, dicatatkan sebagai gol paling jauh dalam Piala Dunia 2018 – sekurang-kurangnya sehingga perlawanan pertama peringkat kalah mati.

Pemain kelab Perancis, Paris Saint Germain itu melakukan satu rembatan deras dari jarak 30.2 ela (27.62 meter) dari garisan gol yang dikawal oleh Hugo Lloris.

 

15 Kesebelasan Utama Yang Berlainan Dalam 15 Perlawanan

Ketua jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli telah menyenaraikan 15 kesebelasan utama yang berlainan untuk skuad La Albiceleste sejak mengambilalih tugas tersebut.

Dan perlawanan bertemu Perancis dalam pusingan kalah mati Piala Dunia Russia 2018 merupakan perlawanan ke 15 beliau sebagai jurulatih sejak 1 Jun 2017.

Perlawanan pertama beliau adalah ketika Argentina bertemu Brazil di Australia dengan keputusan memihak kepadanya 1-0.

 

Melepaskan Gol Penalti Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 20 Tahun

Skuad Argentina melalui catatan OptaJavier, buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, melepas gol kepada pihak lawan melalui sepakan penalti sejak edisi Piala Dunia 1998.

carlos roa

Pada ketika itu Argentina berdepan England dan penjaa gol mereka, Carlos Roa gagal menafikan jaringan penalti yang dibuat oleh Alan Shearer pada minit ke 10.

 

2 Gol Angel Di Maria Di Piala Dunia Hadir Di Peringkat Yang Sama

Angel Di Maria menjaringkan 2 gol di pentas Piala Dunia sehingga hari ini.

Kedua-dua gol telah dijaringkan dalam peringkat kalah mati – gol pertama ketika bertemu Switzerland pada edisi 2014 dan gol ke 2 ketika menyamakan kedudukan 1-1 bertemu Perancis edisi 2018.

 

Bantuan Gol Dalam 4 Edisi Piala Dunia Berturut-turut

Lionel Messi mencatat rekod sebagai satu-satunya pemain yang berjaya membuat bantuan gol dalam setiap edisi Piala Dunia bagi 4 edisi terakhir.

Beliau berjaya mencipta sekurang-kurangnya 1 bantuan gol dalam setiap edisi sejak Piala Dunia di Jerman 2006.

Selain itu, Messi juga masih tidak berjaya menjaringkan sebarang gol diperingkat kalah mati sepanjang penyertaannya di pentas Piala Dunia.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group