Rekod kemenangan 21 perlawanan berturut turut Manchester City akhirnya terkubur di tanah Manchester di tangan Manchester merah. Ia juga menamatkan rekod 28 perlawanan tanpa kalah Man City dalam semua pertandingan.

Pengurus Manchester City, Josep Guardiola mengakui bahawa dia kecewa dengan kekalahan pasukannya, di mana beliau percaya bahawa pasukannya sebenarnya berhak mendapat keputusan yang lebih baik dalam perlawanan itu.

Manchester City menjadi tuan rumah kepada jiran sebandar mereka, Manchester United. Jika menang City, akan berada 17 mata di hadapan Man United di puncak liga.

Permulaan yang teruk daripada Manchester City apabila Gabriel Jesus dengan gopohnya menjatuhkan Anthony Martial di dalam kotak penalti. Bruno Fernandes tiada masalah untuk menyempurnakan peluang tersebut.

Manakala satu lagi gol Man United, juga berlaku pada awal babak. Kali ini pada awal separuh masa kedua. Satu serangan yang terlalu mudah, bermula daripada Dean Henderson yang menghantar kepada Shaw.

Pemain itu kemudian bertukar hantaran dengan Rashford. Shaw berlari ke dalam kotak penalti dan melakukan leretan yang sempurna menewaskan Ederson.

Secara keseluruhannya Manchester City melakukan 23 percubaan ke arah gol, berbanding 8 sahaja daripada Man United. Namun kedua dua pasukan masing masing mencatatkan 8 percubaan tepat.

Selepas tamat perlawanan, Guardiola  menganggap pasukannya telah bermain dengan luar biasa. Cuma kemenangan sahaja yang tidak memihak kepada pasukan yang lebih baik.

“Hari ini kami bermain luar biasa sekali. Kami pasukan yang melakukan lebih banyak percubaan dalam perlawanan ini. Namun cara kami memulakan perlawanan sebenarnya telah menjadikan keadaan sangat sukar.”

“United bertahan dan melakukan serangan balas. Mereka mempunyai pemain dengan kepantasan yang luar biasa,” sambungnya.

Seterusnya, Pep menyatakan bahawa pasukannya mempersiakan banyak peluang gol.

“Kami sebenarnya bermain dengan baik hari ini. Kami hanya bermain buruk pada 10 minit pertama perlawanan. Sayang sekali barisan serangan kami tidak cukup tajam, jadi tahniah kepada Manchester United.”

Seterusnya Guardiola awal awal sudah mengingatkan bahawa sepatutnya kekalahan mereka bukan menjadi tajuk berita sebenar, tetapi berita sebenar adalah kemenangan 21 perlawanan berturut turut.

Walaupun kalah, Man City tetap memiliki jarak pendahuluan 14 mata pada carta liga. Kemenangan United ini membolehkan mereka semakin hampir pasti mengesahkan tempat ke UCL musim hadapan.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Kesalahan Salah Hiasi Kekalahan Liverpool Di Anfield Buat Keenam Kali Berturut Turut

Arteta: “Jika Itu Bukan Penalti, Beritahu Saya Rupa Penalti Sebenar”

Bayern Bangkit Menang 4-2: Haaland Skor 2, Lewandowski Balas 3