Bekas jurulatih pasukan Pulau Pinang musim 2009 yang berasal dari Brazil, Jaino Matos semalam ada mengeluarkan satu kenyataan dari perspektif beliau berkenaan kemampuan individu pemain Malaysia dan Indonesia mengikut pengalamannya sendiri.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh laman web Bolalob semalam, yang membincangkan mengenai kecenderungan pemain-pemain negera tersebut untuk keluar mencari pasukan baharu diluar negara gara-gara ketidaktentuan penganjuran liga domestik Indonesia musim 2021.

Jaino Matos ketika mengulas mengenai perkara itu menyatakan bahawa pemain Indonesia tidak sepatutunya ‘asal boleh’ menerima tawaran dari kelab luar negara kerana bagi beliau kualiti liga dan bola sepak negara belum tentu lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia.

“Saya 6 tahun di Malaysia (Pulau Pinang) sebelum ke Indonesia dan diantara keduanya saya sempat berada di Qatar. Kemampuan individu pemain Malaysia masih dibawah pemain Indonesia.” jelas Jaino Matos.

jaino-matos_20171204_095715

Beliau yang pernah melatih sekolah bola Persib ini juga turut memberikan komen mengenai situasi yang dihadapi oleh Febri Hariyadi yang sudah membatalkan hasrat menyertai pasukan Sabah dimana menurut beliau jika Febri mengambil keputusan bersetuju bersama Sabah ia akan menjadi satu ‘kemunduran’.

Jaino juga membuat penilaian dimana tidak banyak kelab di Malaysia yang memiliki skuad, jurulatih dan fasiliti berkualiti seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya menyebut soal kualiti liga, pemain tempatan dan asing. Kerana Febri adalah pemain bintang skuad kebangsaan Indonesia dan Persib Bandung. Kalau dia berpindah ke Sabah, itu adalah satu kemunduran.”

“Berbeza dengan Abi dari Madura United ke JDT, itu adalah luar biasa dan akan menjadi kemajuan kepada dirinya.”

medium_7d8f6012083a64c544e9e2a8bd6d195f

“Tetapi intipati secara teknikal, kualiti Liga Indonesia lebih baik berbanding Malaysia. Untuk pemain kita jika ingin berkembang perlu bermain di liga yang lebih kuar dari Indonesia.”

“Liga Thailand, mereka mempunyai liga dan skuad kebangsaan yang bagus, berbeza dengan Vietnam dimana skuad kebangsaan mereka kuat tetapi liga mereka tidak begitu.”

“Liga Thailand adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Di Asia hanya ada 4 liga yang terbaik iaitu Liga Jepun, Liga Korea Selatan, Liga Arab Saudi dan Liga Qatar.”

“Kita boleh lihat pemain Thailand dalam saingan Liga Jepun ketika ini dan mereka bukan sekadar duduk dibangku simpanan sahaja.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional

Accra Lions FC Umumkan 2 Pemain Muda Mereka Dipinjamkan Ke Pasukan Selangor FC II Musim 2021

Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari

Sumber