Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin memaklumkan bahawa sebanyak enam perlawanan persahabatan antarabangsa “A” buat skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menjelang Piala Suzuki AFF 2018 telah pun disahkan akan berlangsung sepanjang bulan Julai hingga November ini.

1. Malaysia lwn Fiji

2799908_full-lnd

Tarikh: 5 Julai 2018
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

2. Chinese Taipei lwn Malaysia

8badf-1527317081-800

Tarikh: 7 September 2018
Venue: Taipei

3. Kemboja lwn Malaysia

_prw_OI1fl_sr2QvcVv

Tarikh: 10 September 2018
Venue: Phnom Penh

4. Sri Lanka lwn Malaysia

Sri-Lanka-squad-for-SAFF-Suzuki-Cup-announced

Tarikh: 12 Oktober 2018
Venue: Colombo

5. Malaysia lwn Republik Kyrgyz

601100.1516270165.b

Tarikh: 16 Oktober 2018
Venue: Stadium Nasional, Bukit Jalil

Selain itu, satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” turut dirancang pada 3 November 2018 di Kuala Lumpur tetapi pasukan lawannya masih belum disahkan iaitu sebagai ujian terakhir sebelum skuad Harimau Malaya terbang ke Phnom Penh bagi aksi sulung Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2018 bertemu Kemboja pada 8 November 2018.

Enam perlawanan persahabatan antarabangsa “A” ini bakal menjadi pentas terbaik bagi memperbaiki lagi kedudukan semasa Malaysia di tangga 171 dunia dalam ranking FIFA, selain sebagai medan ujian buat Cheng Hoe mempersiapkan pasukannya menjelang Piala Suzuki AFF 2018 yang akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018.