Keputusan Liga Divisyen 1 Korea Selatan, K League yang membenarkan penggunaan pemain import dari rantau Asia Tenggara yang akan bermula pada saingan musim hadapan nyata mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan negara Asean.

Oleh itu, kami senaraikan 6 pemain Malaysia yang mempunyai kebolehan serta kualiti untuk beraksi di salah satu negara yang menjadi kuasa bola sepak di rantau Asia.

1. Safawi Rasid

Safawi Pawi
Sumber Gambar: Harian Metro

Safawi merupakan pemain terbaik Malaysia ketika ini. Beliau telah membuktikan bahawa pemain berusia 22 tahun ini sudah bersedia untuk beraksi di pentas yang lebih besar apabila menyinar bersama JDT dan pasukan kebangsaan.

2. Akhyar Rashid

Akhyar Rashid JDT
Sumber Gambar: Goal.com

Pemain berusia 20 tahun ini menjadi salah satu pemain muda terbaik dalam negara ketika ini. Akhyar dilihat mampu untuk menyinar di K League berdasarkan kualiti serta kemampuan yang dimiliki.

3. Nor Azam Azih

azam-azih
Sumber Gambar: Pahang FA

Sejak dua musim kebelakangan ini, Azam menampilkan satu peningkatan dimana beliau menjadi nadi penting untuk pasukan Pahang dan juga skuad bawah 23 tahun negara.

4. Adam Nor Azlin

Adam Nor Azlin
Sumber Gambar: JST

Adam menampilkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara sejak dua tahun terakhir. Beliau juga berjaya mengisi kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim.

5. Syahmi Safari

Syahmi Safari
Sumber Gambar: Getty Images

Syahmi kekal menjadi pilihan utama Selangor untuk mengisi posisi pertahanan kanan dan beliau dilihat sudah bersedia untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi berbanding Liga Malaysia.

6. Syamer Kutty Abba

Syamer Kutty Abba
Sumber Gambar: JST

Pemain yang pernah menimba ilmu di Portugal ini menampilkan peningkatan yang ketara dimana beliau sentiasa menjadi piliha utama, baik ketika mewakili pasukan senior ataupun skuad bawah 23 tahun negara.

Itulah dia 6 pemain negara yang mempunyai kualiti serta kemampuan untuk beraksi di saingan K League. Penting untuk pemain muda ini beraksi di peringkat tertinggi untuk meningkatkan kualiti serta tahap permainan sekaligus membantu pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.