Perlawanan persahabatan antarabangsa diantara Korea Selatan menentang Qatar pada malam ini kemungkinan terpaksa dibatalkan jika lebih ramai pemain didapati positif COVID-19 dalam keputusan ujian saringan ketiga yang dijangka keluar petang ini.

Hal ini kerana Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) mengesahkan 6 pemain mereka dan 2 orang staff disahkan positif COVID-19 ketika tugasan antarabangsa di Austria.

Pemain tersebut ialah Kwon Chang-hoon, Lee Dong-jun, Hwang In-beom, Na Sang-ho, Kim Moon-hwan dan penjaga gawang, Jo Hyeon-woo.

Situasi itu menyebabkan semua pemain termasuk bintang Tottenhan Hotspur, Song Heung-min terpaksa berkurung dalam bilik bagi mengelakkan dijangkiti wabak tersebut.

Walaupun keputusan ujian Son negatif, dia dan anggota pasukan yang lain dimaklumkan untuk sentiasa berada di bilik hotel di Vienna, kecuali turun menjalani latihan.

Korea Selatan sempat beraksi menentang Mexico Sabtu lalu yang menyaksikan mereka kalah 3-2. Perlawanan menentang Qatar hari ini bergantung kepada keputusan ujian saringan terbaharu.

Jika terdapat sekurang-kurangnya 13 pemain bebas daripada COVID-19 dalam ujian itu, perlawanan persahabatan boleh diteruskan seperti biasa.

Beberapa pemain bola sepak antarabangsa didapati positif virus itu minggu lalu, termasuk bintang Liverpool, Mohamed Salah dan pemain tengah Republik Ireland, Alan Brown.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.Β 

UAE Tewas 1-3 Kepada Bahrain Dalam Aksi Persahabatan Antarabangsa

Media Vietnam Ini ‘Cincai Kira’ Kutip 6 Mata Lawan Malaysia Dan Indonesia, Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Dua Pasukan Liga Super Berminat Dapatkan Khidmat Hansamu Yama