Jemputan yang dibuka oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepada ahli persatuan (MA) menyaksikan sebanyak 6 negara Asia berminat untuk menganjurkan temasya Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang akan dianjurkan pada tahun 2021 mendatang.

Lapan ahli persatuan telah memberi maklum balas sebelum tarikh tutup pada 21 Mei 2019 dimana tiga negara mahu menganjurkan temasya secara individu manakala baki lima negara mahu menganjurkan temasya secara bersama menjadikan lima bidaan berpotensi.

Myanmar vs Thailand
Sumber Gambar: straitstime.com

Bahrain, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghantar bidaan untuk bersama menganjurkan temasya. Selain itu, Thailand dan Myanmar turut menghantar bidaan dimana kedua-dua negara mahu bekerjasama. Satu lagi bidaan datang dari Indonesia dimana mereka mahu menganjurkan temasya secara individu.

Negara dari rantau Amerika Selatan turut tidak ketinggalan menghantar bidaan dimana Brazil dan juga Peru turut berminat untuk menganjurkan temasya Piala Dunia B-20 Tahun.

Brazil U20 2011
Sumber Gambar: UEFA

Menurut FIFA, mereka akan meneliti segala dokumen yang dihantar oleh negara berminat. Tarikh akhir untuk menghantar dokumen oleh negara-negara yang berminat ialah pada 30 Ogos 2019. Tuan rumah akan dipilih oleh Majlis FIFA dalam satu mesyuarat yang akan diadakan pada suku keempat 2019.