Enam pasukan La Liga pada musim ini terpaksa bermain dengan jersi tanpa nama penaja pada bahagian depan jersi mereka.

Ini kerana peraturan pengharaman tajaan syarikat judi berkuat kuasa pada musim ini dalam semua acara sukan oleh kerajaan Sepanyol, ini termasuk bola sepak.

Pasukan pasukan tersebut sudah menjalinkan kontrak dengan penaja daripada syarikat perjudian sebelum ini.

Jadi, kerajaan Sepanyol sudah memberitahu La Liga bahawa mereka melarang sama sekali kontrak itu diperbaharui.

Beberapa kelab termasuk Granada, Real Sociedad, Alaves, RCD Mallorca, Cadiz dan Levante, kesemuanya memulakan musim 2021/22 dengan jersi kosong di depannya.

Adam Crafton dari The Athletic menyatakan bahawa Sepanyol mengikut jejak langkah Itali dalam mengharamkan syarikat judi daripada menjadi penaja jersi.

Dipercayai kesemua pasukan tersebut masih bergelut untuk mencari tajaan baharu dan tidak dapat bertindak lebih pantas dalam menyelesaikan hal tajaan jersi itu.

Ada beberapa kelab yang masih dalam perbincangan dari segi perundangan dengan syarikat judi yang menaja mereka dalam usaha mereka mahu meletakkan penaja baharu di hadapan jersi.

Pengumuman tentang larangan tajaan syarikat judi itu dibuat pada Oktiber tahun lalu. Selepas kerajaan mendapati lebih banyak keburukan berbanding kebaikan tajaaan oleh syarikat judi ini.

Selain itu, ianya juga telah memberikan impak buruk kepada masyarakat dengan mempromosi syarikat judi menerusi sukan seperti bola sepak yang sangat berpengaruh, terutama sekali kepada golongan muda dan kanak kanak.

Seterusnya, UK juga sedang membincangkan perkara itu dan mungkin akan mengenakan larangan yang sama kepada tajaan daripada syarikat perjudian terutama sekali dalam Liga Perdana Inggeris.

UK sebelum ini melarang tajaan syarikat judi namun telah mengubah dasar itu beberapa tahun lalu.

Buat masa ini UK masih mengkaji kesannya jika ianya dikuatkuasakan serta merta. Kelab dari liga bawahan akan terkesan teruk kerana syarikat perjudian ini memberikan tajaan kepada kelab EFL sekitar £40 juta setahun.

Kira kira 50% kelab EFL menerima tajaan daripada syarikat judi. Dengan impak pandemik yang mlanda, maka UK ketika ini agak bertenang seketika daripada membincangkan perkara tersebut.

Tetapi ini juga amaran kepada kelab kelab Inggeris yang memiliki tajaan syarikat judi, agaar mulai menjauhkan diri daripada tajaan tersebut bermula sekarang.

Baca juga artikel lain

Henry: ‘Messi Bukan Penyelesaian Masalah PSG’

Bayern Julang Piala Super DFL Untuk Kesembilan Kali Berturut Turut Tewaskan Borussia Dortmund

Carlo Ancelotti Mahu Ronaldo Pulang Ke Bernabeu