5 gol dijaringkan oleh pasukan Belgium dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan G Piala Dunia Russia 2018, telah menyingkirkan pasukan Tunisia dari kejohanan ini.

Gol Belgium telah dijaringkan oleh Eden Hazard (minit 6 dan 51), Romelu Lukaku (minit 16 dan 45+3) dan Michy Batshuayi (minit 90) berbalas 2 gol dari Tunisia hasil jaringan Dylan Bron (minit 18) dan Wahbi Khazri (minit 90+3).

Dengan kemenangan ini juga, beberapa rekod menarik untuk pasukan Belgium serta Romelu Lukaku telah dimuat naik oleh laman sosial Opta seperti dibawah.

Belgium Tidak Pernah Tewas Dalam Perlawanan Kumpulan Piala Dunia

Menurut OptaJoe, pasukan Belgium tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Piala Dunia dimana 5 perlawanan terakhir berpihak kepada mereka.

10 perlawanan, 5 kali menang, 5 kali seri tanpa sebarang kekalahan.

 

Pasukan Pertama Mempunyai 2 Pemain Menjaringkan 2 Gol Sejak 2014

Skuad Belgium juga merupakan pasukan pertama mempunyai 2 pemain berbeza yang menjaringkan 2 gol dalam satu perlawanan dalam Piala Dunia sejak pasukan Jerman melakukannya pada edisi 2014 ketika bertemu Brazil.

Dalam perlawanan itu Toni Kroos dan Andre Schurrle, masing-masing menjaringkan 2 gol ketika menewaskan Brazil 7-1.

 

Cipta Rekod Kemenangan Dengan Jaringan Paling Besar Dalam Sejarah Bola Sepak Belgium

Kemenangan 5-2 keatas Tunisia ini juga telah mencipta satu rekod baru bagi pasukan bola sepak kebangsaan Belgium.

Ini adalah kemenangan dengan jumlah jaringan paling besar dalam satu perlawanan dan pertama kali berlaku dalam sejarah sukan bola sepak mereka.

 

 2+ Gol Dalam 2 Perlawanan Berturut-turut Di Piala Dunia Sejak 1986

Romelu Lukaku mengulangi rekod yang dilakukan oleh Diego Maradona pada tahun 1986 apabila muncul sebagai pemain pertama menjaringkan 2+ gol dalam 2 perlawanan berturut-turut di Piala Dunia.

Maradona melakukan perkara yang sama ketika Argentina bertemu England dimana 2 gol Maradona menewaskan England 2-1. Gol England dijaringkan oleh Gary Lineker.

 

4 Gol Lukaku Di Piala Dunia, Pemain Belgium Paling Banyak Jaringkan Gol Dalam Satu Kejohanan

Sehingga tamat perlawanan bertemu Tunisia sebentar tadi, 4 gol Romelu Lukaku dalam kejohanan Piala Dunia ini adalah satu rekod bagi mana-mana pemain dari Belgium dalam sesebuah kejohanan.

 

Cipta Sejarah Sebagai Pemain Belgium Paling Banyak Jaringkan Gol Di Piala Dunia Dan Kejohanan Eropah

Setakat ini, dengan jumlah gol yang telah dijaringkan oleh Romelu Lukaku, beliau muncul sebagai pemain Belgium paling banyak menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Dunia dan kejohanan Eropah berbanding mana mana pemain lain dari Belgium.

Romelu Lukaku!