Saingan Copa America 2019 akan membuka tirainya pada hari ini dimana 12 pasukan akan bersaing untuk merebut trofi yang dipertandingkan dua tahun sekali itu. Brazil dipilih sebagai tuan rumah selepas Amerika Syarikat menjadi tuan rumah pada edisi 2016.

Bagi saingan edisi kali ini, sebanyak dua pasukan dari Asia iaitu juara Piala Asia 2019, Qatar dan Jepun mendapat jemputan dari pihak pengajur. Di sini kami senaraikan 5 pemain Asia yang bakal menjadi tumpuan dalam saingan Copa America 2019.

1. Almoez Ali

Almoez Ali Qatar
Sumber Gambar: AFC

Almoez muncul sebagai penjaring terbanyak dalam saingan Piala Asia 2019 dengan catatan 9 gol. Beliau turut membantu Qatar muncul sebagai juara dengan menewaskan pasukan Jepun di pentas akhir.

2. Takefusa Kubo

Takefusa Kubo
Sumber Gambar: Vivagoal.com

Pemain yang digelar “Messi Jepun” ini bakal melengkapkan jentera serangan The Blue Samurai. Kubo yang merupakan lulusan akademi Barcelona, La Masia telah menjaringkan 4 gol dalam saingan J League musim ini bersama FC Tokyo.

3. Hassan Al-Haydos

Hassan Al-Haydos
Sumber Gambar: AFC

Al-Haydos menjadi ketua pasukan Qatar sekaligus gandingan kepada Almoez di bahagian serangan ketika pasukan itu muncul sebagai juara Piala Asia 2019.

4. Ayase Ueda

Ayase Ueda
Sumber Gambar: Bolasport.com

Perkara menarik mengenai Ayase Ueda ialah beliau ketika ini sedang menuntut di Universiti Hosei dan berada di tahun kedua pengajian dalam urusan Sukan dan Kesihatan. Ueda turut tersenarai dalam skuad Jepun dalam saingan Piala Asia 2018.

5. Akram Afif

Akram Afif
Sumber Gambar: thepeninsularqatar.com

Akram Afif melengkapkan trio serangan Qatar dalam saingan Piala Asia 2019 tempoh hari. Pemain lincah berusia 22 tahun ini bakal menjadi harapan utama pasukan itu bagi membantu Almoez Ali dan Hassan Al-Haydos mencari jaringan.

6. Naomichi Ueda

Naomichi ueda
(Photo by Matt King/Getty Images)

Pemain pertahanan berusia 22 tahun ini beraksi dalam saingan Liga Belgium bersama Cercle Brugge musim lalu. Ueda bakal menjadi harapan utama Jepun untuk menghentikan segala gerakan serangan pasukan lawan.

Itulah dia 6 pemain bintang Asia yang bakal menjadi tumpuan dalam saingan Copa America edisi kali ini. Apa yang pasti, pemain Jepun dan Qatar perlu memberikan persembahan terbaik mereka bagi membuktikan bahawa pemain daro rantau Asia boleh bersaing dengan jaguh dunia yang lain.