Kejohanan bola sepak sekolah tinggi seluruh Jepun telah sampai ke kemuncaknya petang tadi untuk edisi yang ke 98, dimana Sekolah Tinggi Shizuoka Gakuen berjaya menundukkan sebuah lagi pasukan regular dalam perlawanan akhir, Sekolah Tinggi Aomori Yamada.

Apa yang lebih menarik dengan perlawanan ini adalah jumlah kehadiran penyokong ke stadium untuk perlawanan akhir di Stadium Saitama 2002 yang telah berjaya menarik kehadiran berjumlah 56,025 orang.

EOJJvTfUcAAY9-9

Jika dilihat secara keseluruhan, jumlah penyokong yang hadir ke stadium untuk semua 47 perlawanan adalah berjumlah 409,820 orang dan secara puratanya setiap perlawanan mempunyai 8,570 orang penonton.

Berdasarkan angka-angka ini kita dapat melihat bagaimana kuatnya sokongan dari semua pihak kepada kejohanan seperti ini sehingga perlawanan pusingan akhir bola sepak sekolah tinggi Jepun ini mendapat liputan yang luas termasuk siaran secara langsung dikaca TV, radio dan sebagainya.

Kejohanan ini akan memasuki edisi ke 100 tidak lama lagi, dan kemeriahan serta keterujaan beraksi di platform ini tidak dapat dibandingkan dengan bermain dengan pasukan akademi kelab walaupun mempunyai kelebihan dari segi teknikal yang lebih bagus.

Disini dapat kita perhatikan bahawa sokongan dari keluarga, rakan serta lain-lain sangat penting untuk menghidupkan suasana seterusnya meneruskan kelangsungan kejohanan ini untuk menghasilkan pemain-pemain muda untuk beraksi diperingkat profesional nanti.

EOJJvTdU8AA5jHY

Ramai pemain-pemain kebangsaan Jepun yang lahir dari kejohanan bola sepak sekolah tinggi Jepun sebelum menyertai kelab profesional tempatan sebelum berhijrah ke eropah seperti Shinji Okazaki, Gaku Shibasaki, Keisuke Honda, dan lain-lain lagi.

Inilah yang kita perlu terapkan dalam kejohanan bawah umur tempatan di Malaysia untuk terus lebih maju dimasa hadapan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Budak Jepun Ini Dedahkan Perbezaan Sebagai Pemain Akademi Kelab Dan Sekolah Tinggi Jepun

Lelaki Ini Berkongsi Bagaimana ‘Setup’ Pembangunan Bola Sepak Elit Remaja Jepun

Siri 1: Apa Yang MFL Boleh Lakukan Untuk ‘Guide’ Pemain Profesional Baharu Dalam Liga Bola Sepak Malaysia