Setiap kali jendela perpindahan, tumpuan terarah kepada perpindahan liga Inggeris dan ternyata ini 5 perpindahan termahal liga tersebut.

1. Enzo Fernandez (Benfica ke Chelsea) – €121 Juta 

Enzo Fernandez menjadi pemain termahal dalam sejarah Liga Inggeris memecahkan rekod terdahulu.

Chelsea membayar €121 juta yang termaktub pada klausa pelepasan pemain tersebut.

Graham Potter benar benar terdesak mahukan pemain tengah muda Argentina ini.

2. Jack Grealish (Aston Villa ke Manchester City) – €117 juta

Jack Grealish

Pep Guardiola meminta kelabnya agar melaburkan wang yang besar untuk pemain playmaker Aston Villa tersebut yang cemerlang dengan menjaringkan gol dan mencipta assist.

Grealish menjadi pemain utama Guardiola sejak tiba walaupun kerap berdepan kritikan kerana sumbangannya kepada gol dan assist yang dianggap di bawah paras harganya.

Dalam jendela perpindahan yang sama, Man City juga dilaporkan sedia mendapatkan Harry Kane dengan harga hampir sama.

3. Romelu Lukaku (Inter Milan ke Chelsea) – €113 juta

Lukaku dibawa pulang semula oleh Chelsea yang pernah menjualnya ke Everton beberapa tahu sebelumnya.

Prestasi cemerlangnya bersama Inter Milan membuatkan Lukaku menjadi rebutan banyak kelab.

Perletakan jawatan Antonio Conte menjadi sebab kenapa Lukaku meminta Inter Milan menerima tawaran Chelsea.

Namun ketika kepulangan semulanya ke The Blues, prestasinya jauh sekali berbeza berbanding yang diharapkan.

Dia turut terlibat dalam wawancara kontroversi dan akhirnya meminta untuk pulang ke Inter Milan.

Kini dia bermain secara pinjaman di Inter.

4. Paul Pogba (Juventus ke Manchester United) – €105 juta

Ianya kepulangan semula yang sangat mahal untuk dibayar United kepada bekas pemain akademi mereka.

Pogba berkembang menjadi pemain tengah elit bersama The Old Lady.

Membuatkan Man United menjadi pasukan Inggeris pertama membelanjakan €100 juta untuk seorang pemain. Dan menjadikan Pogba pemain tengah paling mahal dalam sejarah pada ketika itu.

Pogba menikmati musim yang baik di United sebelum dia bergaduh dengan Jose Mourinho.

Pogba kemudian berdepan dengan krisis prestasi dari segi konsistensi dan juga berdepan masalah kecergasan.

Dia akhirnya kembali semula ke Juventus, percuma, sekali lagi!

Sempat mengutuk bekas kelabnya dalam dokumentarinya.

5. Antony (Ajax ke Manchester United) – €95 juta

Ten Hag mahukan pemain yang memahami sistem permainannya. Dan Antony merupakan pemain penting kepada sistem Ten Hag di Ajax.

Antony awalnya tidak berminat untuk berpindah. Namun selepas beberapa siri pujukan daripada Ten Hag dia meminta Ajax menerima tawaran daripada Man United yang sangat mahal.

Itulah sahaja senarai 5 perpindahan termahal dalam Liga Inggeris. Siapakah yang anda rasa paling berbaloi ataupun akan menjadi pembelian berbaloi?