Perak terus kempunan dalam merasai kemenangan apabila mereka sekadar mencatat keputusan seri 3-3 ketika menentang pasukan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 2019 di Stadium KLFA, Cheras semalam.

Barisan serangan yang tumpul sekali lagi menjadi penghalang untuk pasukan bimbingan Mehmet Durakovic ini untuk mencatat kemenangan kedua dalam saingan liga. Di sini, kami senaraikan 5 penyerang yang boleh menjadi alternatif kepada masalah yang dihadapi oleh pasukan Perak.

1. Thiago Augusto Fernandez

Thiago Augusto
Sumber Gambar: Goal.com

Thiago pernah beraksi bersama pasukan Felda United dan Kedah. Beliau mempunyai rekod yang cemerlang dimana musim lalu pemain berusia 28 tahun ini berjaya menjaringkan 14 gol dalam saingan Liga Perdana.

2. Heberty Fernandes

Heberty Fernandes
Sumber Gambar: Muanthong United

Heberty beraksi bersama SCG Muanthong United pada musim 2018. Musim lalu, beliau berjaya menduduki tempat kedua dibelakang Diogo dalam carta penjaring terbanyak apabila menjaringkan 26 gol dalam saingan Liga.

3. David Da Silva

David Da Silva
Sumber Gambar: Bolaskor

David beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia bersama Persebaya Surabaya musim lalu. Pemain dari Brazil ini berjaya menjaringkan 20 gol, 1 gol dibezakan dengan penjaring terbanyak iaitu Aleksandar Rakic.

4. Jonatan Ferreira Reis

Jonatan-Ferreira-Reis
Sumber Gambar: Football Tribe

Jonatan beraksi buat pasukan PT Prachuap FC musim lalu dimana beliau berjaya menjaringkan 26 gol dalam saingan Thai League 1. Kecemerlangan Jonatan berjaya membantu Prachuap menamatkan saingan Thai League 2018 di tangga keenam. Satu pencapaian yang baik memandangkan Pattaya merupakan pasukan pendatang baru.

5. Dragan Boskovic

Dragan_Boskovic_20180304-1024×683
Sumber Gambar: Wikipedia

Pemain yang sudah enam musim beraksi dalam saingan Liga Thailand ini telah menjaringkan 21 gol dalam saingan Thai League 1 musim lalu dimana beliau mewakili pasukan Port FC.

Itulah dia 5 penyerang yang boleh menjadi jalan penyelesaian kepada masalah di bahagian serangan yang dihadapi oleh pasukan Perak ketika ini. Skuad The Boss Gaurus perlu segera bangkit jika mereka mahu menjadi salah satu pasukan pencabar khususnya dalam saingan Liga Super musim 2019.