Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil seramai 27 pemain bagi menyertai kem latihan pusat menjelang perlawanan persahabatan bertemu Jordan dan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada September ini.

Dalam senarai tersebut, beberapa pemain utama yang beraksi bersama pasukan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Jun lalu seperti Safawi Rashid, Mohamadou Sumareh, Shahrel Fikri Fauzi dan Norshahrul Idlan Talaha menepati jangkaan apabila dipanggil.

Akan tetapi, beberapa pemain yang beraksi dengan baik dalam saingan Liga Malaysia musim ini tidak mendapat tempat dan kami akan menyenaraikan 5 pemain yang wajar dipertimbangkan oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai pasukan negara.

1. Shahrin Sapien

Sharin Sapien
Sumber Gambar: TFC

Bagai dilahirkan semula. Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan pemain yang mesra disapa Potek itu apabila beliau kembali memenui sentuhan terbaik sejak Terengganu FC dibimbing oleh Nafuzi Zain. Shahrin tampil cemerlang mengawal bahagian tengah TFC sejak diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama.

2. Rizal Ghazali

Rizal Ghazali
Rizal Ghazali
Sumber Gambar: Goal.com

Rizal menampilkan aksi yang konsisten di bahagian pertahanan pasukan Kedah dan menjadi tonggak penting pasukan bimbingan Aidil Sharin dalam perjalanan mereka muncul juara Piala FA musim ini.

3. Norhakim Hassan

Nor-Hakim-Hassan
Norhakim Hassan

Norhakim Hassan sentiasa menjadi pilihan ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic bagi mengisi posisi sayap kiri pasukan dan beliau memainkan peranan penting dalam membawa Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini.

4. Afiq Fazail

Afiq-Fazail
Afiq Fazail
Sumber Gambar: JST

Meskipun dibayangi oleh Hariss Harun di bahagian tengah Johor Darul Ta’zim, namun perkara itu tidak menghalang Afiq Fazail daripada menampilkan permainan terbaik beliau.

5. Nasrullah Hanif Johan

Nasrullah Haniff Johan
Nasrullah Haniff Johan
Sumber Gambar: Bernama

Sejak dua musim kebelakangan ini, Nasrullah Hanif menampilkan persembahan yang baik di bahagian pertahanan Terengganu FC.

Itulah dia 5 pemain yang wajar dipertimbangkan oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai pasukan kebangsaan. Kelima-lima pemain menampilkan aksi yang memberangsangkan dalam saingan Liga Malaysia musim ini dan mereka layak untuk diberi peluang untuk membuktikan kualiti yang dimiliki di pentas antarabangsa.