Kemenangan besar yang diraih pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe pada perlawanan pertama play-off kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste Jumaat lalu nyata memberi nafas lega buat ramai pihak.

Kelebihan 6 gol yang dimiliki mungkin membuatkan Cheng Hoe mahu membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama yang akan diturunkan pada perlawanan kedua Selasan ini. Di sini kami senaraikan 5 pemain yang wajar diberikan peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan negara.

1. Faiz Nasir

Faiz Nasir
Sumber Gambar: FAM

Faiz Nasir dimasukkan pada separuh masa kedua Jumaat lalu dan beliau berjaya menyumbang satu gol untuk pasukan. Faiz boleh menggantikan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan.

2. Faisal Halim

Faisal Halim
Sumber Gambar: Goal.com

Pemain sayap Pahang ini hanya diturunkan ketika Malaysia berdepan pasukan Nepal dalam satu perlawanan persahabatan. Faisal boleh menggantikan Safawi Rasid ataupun Mohamadou Sumareh

3. Dominic Tan

Dominic Tan
Sumber Gambar: Stadium Astro

Sama seperti Faisal, Dominic hanya diturunkan ketika perlawanan menentang Nepal. Bekas ketua pasukan skuad bawah 23 tahun negara ini boleh menggantikan Adam Nor Azlin ataupun Shahrul Saad.

4. Zarif Irfan

Zarif Irfan
Sumber Gambar: PKNS FC

Penjaga gol PKNS FC ini masih menunggu peluang beliau untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan. Memandangkan pasukan negara mempunyai kelebihan besar, Tan Cheng Hoe boleh menurunkan penjaga gol muda ini untuk mengawal pintu gol negara.

5. Kenny Pallraj

Kenny Pallraj
Sumber Gambar: Astro Awani

Setakat dua perlawanan, Cheng Hoe masih lagi belum menurunkan Kenny dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian.

Itulah dia 5 pemain yang wajar diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama pada perlawanan kedua menentang Timor Leste Selasa ini. Apa yang pasti, para pemain perlu mengekalkan kelebihan yang dimiliki sekaligus memastikan Malaysia layak ke pusingan kedua peringkat kelayakan.