Pasukan pembangunan, Johor Darul Ta’zim II dikhabarkan mahu meminjamkan 5 pemain kepada pasukan Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

JDT masih lagi belum membuat sebarang pengumuman mengenai 5 pemain yang bakal dipinjamkan kepada Pahang dan disini kami mengeluarkan senarai pemain yang mungkin dipinjamkan ke skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

1. Rozaimi Abdul Rahman
Senarai Pemain

Pemain yang pernah digelar “Neymar Malaysia” ini masih lagi bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik selepas mengalami kemalangan pada 2015 lalu.

Beraksi bersama Pahang dilihat mampu untuk membantu Rozaimi menemui semula sentuhan ketika memperkenalkan diri kepada saingan Liga Malaysia pada 2013 lalu.

2. Fazly Mazlan

Senarai Pemain
Sumber Gambar: Goal.com

Fazly pernah dianggap sebagai pemain pertahanan kiri terbaik yang dimiliki oleh Malaysia. Namun, kehadiran La’Vere Corbin-Ong menenggelamkan Fazly baik di JDT ataupun pasukan kebangsaan.

Beraksi bersama Pahang dilihat boleh mengembalikan semula prestasi Fazly seperti sebelumnya.

3. S.Kumaahran

Senarai Pemain
Sumber Gambar: JST

Jika bukan keranan kecederaan ACL, Kumaahran sudah pasti menjadi salah satu penyerang tempatan terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

Beliau mempunyai peluang untuk kembali menemui sentuhan emas dengan menyarung jersi skuad Tok Gajah musim hadapan.

4. Hasbullah Abu Bakar

Senarai Pemain
Sumber Gambar: JST

Pemain pertahanan berusia 25 tahun ini belum pernah beraksi bersama pasukan lain selain Johor Darul Ta’zim. Berhijrah ke pasukan Pahang dilihat mampu untuk membantu Hasbullah untuk meningkatkan lagi kualiti beliau.

5. Adib Zainuddin

Senarai Pemain
Sumber Gambar: JST

Setelah membantu skuad B-23 tahun negara meraih pingat perak dalam temasya Sukan SEA 2017, Adib menyertai JDT dan beliau sering dilihat membarisi JDT II.

Itulah senarai 5 pemain yang mungkin dipinjamkan oleh JDT II kepada pasukan Pahang menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020.

Kelima-lima pemain mempunyai kualiti yang tersendiri bagi memperkukuhkan pasukan Pahang musim ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Kelab Liga Korea Berminat Dapatkan Khidmat Akhyar Rashid

Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski Berminat Sertai Johor Darul Ta’zim

Johor Darul Ta’zim Tandatangani Fernando Rodriguez Dan Kei Hirose