Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Nepal dalam satu perlawanan persahabatan serta berdepan Timor Leste dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang boleh dijadikan sebagai “backup plan” oleh Cheng Hoe sekiranya ada pemain daripada senarai asal yang terpaksa digugurkan atau menarik diri.

1. Afiq Fazail

Afiq-Fazail
Sumber Gambar: JST

Afiq menampilkan persembahan yang baik di bahagian tengah pasukan Johor Darul Ta’zim. Gandingan beliau bersama Hariss Harun membantu JDT menerajui saingan Liga Super musim ini.

2. Hafiz Ramdan

Hafiz Ramdan
Sumber Gambar: Goal.com

Ketua pasukan PKNP FC ini pernah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan ketika skuad bimbingan Tan Cheng Hoe beraksi dalam kejohanan Piala Airmarine 2019.

3. Haziq Nadzli

Haziq Nadzli
Sumber Gambar: xihuanet.com

Haziq beraksi dengan cemerlang ketika beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara dalam saingan kelayakan AFC Bawah 23 Tahun pada Mac lalu.

4. Baddrol Bakhtiar

Baddrol Bakhtiar
Sumber Gambar: BH

Baddrol memainkan peranan penting bersama skuad Lang Merah dimana beliau membantu Kedah menduduki tangga keempat dalam carta Liga Super musim ini.

5. Farhan Roslan

Farhan Roslan
Sumber Gambar: Kedah FA

Setelah pulih daripada kecederaan ACL, Farhan menjadi pilihan Aidil Shahrin untuk diturunkan dalam kesebelasna utama. Setakat ini, Farhan menampilkan aksi yang cemerlang.

Itulah dia 5 pemain yang perlu dijadikan sebagai “backup plan” oleh Tan Cheng Hoe sekiranya ada pemain dari senarai asal yang mengalami kecederaan atau menarik diri. 5 pemain ini menampilkan prestasi yang baik setakat ini dan mereka dilihat sedia untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.