Setelah membawa pulang 3 mata berharga dari Jakarta hasil kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dalam perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 khamis lalu, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe perlu manfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mengutip sekurang-kurangnya 1 mata bagi mencerahkan peluang layak ke Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, skuad UAE yang dibawah bimbingan Bert van Marwijk bukanlah berkisar tentang bintang mereka, Omar Abdulrahman sahaja kerana masih ada beberapa lagi pemain lawan yang perlu diambil perhatian berdasarkan prestasi mereka dalam liga domestik. Lima pemain tersebut ialah:

Khalfan Mubarak

Shabab-Al-Ahli-vs-Jazira-Mabs
FOTO: Sports 360

Khalfan Mubarak merupakan salah seorang pemain muda yang menyinar ketika beraksi dalam saingan Piala Asia 2018. Beliau yang mempunyai 12 kaps bersama skuad kebangsaan UAE mampu beraksi di dua posisi iaitu di bahagian serangan dan tengah. Kehadiran beliau di atas padang sentiasa menghadirkan ancaman berbahaya kepada benteng pertahanan lawan jika tidak diawasi.

Ali Mabkhout

sp18-footy-ali-mabkhout
FOTO: AP

Beliau ialah seorang penyerang prolifik yang cukup dikenali di pentas asia. Mempunyai 66 kaps bersama skuad kebangsaan UAE dan Ali kini sudah menjaringkan 49 gol di pentas antarabangsa. Rekod jaringan 4 gol dalam saingan Piala Asia 2019 sudah cukup membuktikan ketajaman penyudah serta reputasi hebat yang dimiliki olehnya jika tidak dirantai dengan rapi oleh benteng pertahanan skuad negara.

Habib Al Fardan

jpeg
FOTO: The National

Selain Khalfan Mubarak, seorang lagi pemain tengah UAE yang cukup berbahaya ialah Habib Al Fardan. Pemain yang berusia 29 tahun ini mempunyai 53 kaps dan merupakan antara tonggak penting UAE sejak beraksi di Sukan Olimpik 2012. Malah, beliau pernah menjaringkan satu gol ke atas Malaysia pada tahun 2015 ketika dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018.

Hamdan Al Kamali

jpeg (1)
FOTO: The National

Hamdan adalah salah seorang pemain berpengalaman yang kembali dipanggil untuk menguatkan benteng pertahanan UAE. Meskipun beraksi di posisi pertahanan tengah, beliau mempunyai keupayaan menjaringkan gol melalui tandukan di udara. Berdasarkan rekod, beliau telah mengumpulkan 10 gol sepanjang beraksi di pentas antarabangsa. Hamdan juga pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik Asia oleh AFC pada tahun 2012.

Walid Abbas

sp07-abbas
FOTO: The National

Walid Abbas merupakan pemain yang paling tua yang disenaraikan dalam skuad kebangsaan UAE kali ini. Ketika rakan seperjuangannya sudah pun bersara dan menjadi jurulatih tetapi khidmat beliau yang berusia 35 tahun masih diperlukan untuk membimbing pemain muda dalam pasukan UAE. Mempunyai 83 kaps dan Walid juga mampu menjaringkan gol melalui udara serta mematahkan serangan berbahaya pihak lawan.

Sudahkah anda membeli tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang UAE esok? Baca artikel dibawa untuk mengetahui lebih lanjut.

Penyokong Dinasihatkan Agar Tidak Tersalah Pilih Tempat Duduk Di Stadium Nasional Bukit Jalil

TicketHotline Perkenalkan Ciri Pemilihan Zon Tempat Duduk Dan Zon Ultras Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu UAE Sudah Mula Dijual Secara Online Hari Ini