Saingan Liga Super 2019 kembali disambung pada hujung minggu ini dan kita telahpun sampai ke perlawanan minggu yang ke-9. Di sini, kami bawakan 5 pemain yang bakal menjadi tumpuan setelah tampil dengan cemerlang pada minggu sebelumnya.

1. Safawi Rasid

Safawi Rasid

Sumber Gambar: Yahoo

Safawi berjaya menjaringkan satu gol ketika JDT tewas di tangan Shandong Luneng dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Selasa lalu. Beliau kini berada dalam prestasi terbaik dan dijangka bakal menjadi harapan utama JDT untuk merobek gawang PJ City FC pada Sabtu.

2. Amri Yahyah

Amri-Yahyah

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Amri menjadi pilihan B.Sathianathan untuk membantu Sandro di bahagian serangan setelah Rufino Segovia terpaksa berehat lama akibat daripada kecederaan. Pemain berusia 38 tahun ini menjaringkan dua gol minggu lalu dan beliau sekali lagi menjadi sandaran utama pasukan pada perlawanan menentang Perak esok.

3. Guilherme De Paula

Guilherme De Paula

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Kembalinya Guilherme dalam kesebelasan utama Kuala Lumpur nyata memberikan inspirasi dimana skuad ibu kota berjaya mencatat kemenangan sulung dalam saingan Liga Super. Penyerang import dari Brazil ini bakal menjadi sandaran pasukan untuk keluar dari zon penyingkiran.

4. Giancarlo Lopes

Giancarlo Lopes

Sumber Gambar: PKNP FC

Penyerang tinggi lampai ini menjadi wira pasukan minggu lalu apabila menjaringkan dua gol sekaligus membolehkan PKNP FC menewaskan pasukan Terengganu FC. Giancarlo dilihat menjadi jawapan kepada krisis di bahagian serangan PKNP dan beliau bakal menjadi sandaran utama pasukan.

5. Sean Eugene Selvaraj

Sean Eugene Selvaraj

Sumber Gambar: Asiana.my

Bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara ini berjaya menjaringkan dua gol minggu lalu sekaligus memastikan Selangor meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super.

Itulah dia 5 pemain yang bakal diberikan tumpuan pada perlawanan Liga Super minggu ke-9. Kelima-lima pemain menampilkan persembahan cemerlang minggu lalu dan mereka dijangka akan memainkan peranan penting untuk pasukan masing-masing.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group