Saingan Liga Super 2019 akan disambung semula hujung minggu ini setelah memberi laluan kepada perlawanan Piala FA 2019 pusingan kedua yang berlangsung pada hari Selasa dan Rabu. Di sini, kami senaraikan 5 pemain tumpuan dalam perlawanan yang sudah memasuki minggu ke-8 ini.

1. Faisal Halim

Tumpuan
Sumber Gambar: MFL

Faisal berjaya menjaringkan satu gol ketika Pahang menewaskan pasukan Felda United pada perlawanan Liga Super minggu ke-7 dengan keputusan 3-1. Pemain yang sedang meningkat naik ini juga berada dalam prestasi terbaik dan ketua jurulatih pasukan, Dollah Salleh mungkin memberikan peluang untuk Mickey tampil dalam kesebelasan utama.

2. Faiz Nasir

Tumpuan
Sumber Gambar: Semuanya Bola

Faiz Nasir tampil cemerlang dalam dua perlawanan terakhir bersama Selangor dimana beliau berjaya menyumbangkan tiga gol, satu ketika berdepan Terengganu FC dan dua ketika menentang Kelantan.

Beliau sudah pasti menjadi tumpuan pada perlawanan menentang Melaka United dan ramai pihak mahu menyaksikan sama ada pemain bertubuh kecil ini meneruskan rentak cemerlang atau sebaliknya.

3. Zuhair Aizat

Tumpuan
Sumber Gambar: Pahang FA

Seorang lagi pemain muda Pahang, Zuhair Aizat turut berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Beliau tidak diturunkan pada perlawanan menentang PIB FC dalam saingan Piala FA dan mungkin kembali mewarnai kesebelasan utama pasukan pada perlawanan menentang Petaling Jaya City FC.

4. Safawi Rasid

Safawi Rasid
Sumber Gambar: Goal.com

Ketua pasukan skuad bawah 23 tahun negara ini menjadi watak utama dalam memastikan Johor Darul Ta’zim meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan liga setakat ini apabila mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Kedah.

Beliau dijangka bakal mengisi posisi sayap kanan pada pertemuan menentang Felda United dan JDT dilihat mahu merampas kembali kedudukan pertama Liga Super yang ketika ini dihuni oleh pasukan Pahang.

5. Hadin Azman

Hadin Azman
Sumber Gambar: Football Tribe

Hadin menampilkan aksi yang baik setakat ini meskipun pasukannya gagal untuk beraksi secara konsisten dalam saingan Liga Super. Catatan 3 gol setakat ini cukup untuk membuktikan bahawa beliau antara pemain sayap terbaik dalam negara ketika ini.

Berdepan dengan bekas pasukannya, Hadin sudah pasti mahu menampilkan persembahan terbaik beliau.

Itulah dia 5 pemain yang bakal menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu yang ke-8. Kelima-lima pemain berada dalam prestasi semasa yang baik dan mereka sudah pasti mahu meneruskan rentak cemerlang tersebut.